top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY
Writer's pictureHelmy Izzudin

10 Business tips untuk menghadapi PKP Covid-19

Ya betul dalam keadaan PKP ni bukan setakat business sahaja terjejas, malah seluruh ekosistem ekonomi dunia terjejas, sebagai peniaga, terutamanya kategori PKS atau SME apa yang boleh kita buat. Ada yang dapat bertahan dan ada juga yang tidak. Ni saya sharekan 10 tips untuk menghadapi cabaran COVID-19.



1. Assess your finances

Semak kedudukan kewangan dan cashflow, berapa lama keadaan kewangan business boleh bertahan, berapa wang yang perlu keluar dan yang akan masuk ke dalam business. Perlu tahu berapa lama boleh bertahan sekiranya anda betul-betul out of business. Sekiranya memang tidak ada cash reserve keadaan akan semakin sukar


2. Cut down on luxuries

Berkait rapat juga dengan kedudukan kewangan. Semak antara keperluan dan kehendak. Perkara perkara yang boleh dikurangkan kosnya harus dikurangkan. setiap penjimatan kos luxuries akan membantu menampung perbelanjaan yang berbentuk keperluan


3. Try to work remotely if you can

Kalau sebelum ni segala kerja yang dilaksanakan berbentuk fizikal, cuma sebaik mungkin untuk bekerja secara remote. Gunakan platform digital dan online sebaik mungkin. macam yang aku baru buat ni.. ha..ha..ha. baru nak take step further dalam platform digital. Sekiranya dapat gerakkan business secara business, banyak yang dapat dijimatkan seperti travelling cost, kos parking, utiliti dan sebagainya


4. Get rid of any overheads

Kebiasaanya kos-kos overhead yang terlibat untuk sebuah small medium business melibatkan sewaan, bil-bil electrik, gaji pekerja dan sebagainya. Dalam keadaan sekarag ni sesetengah kos mungkin boleh di'negotiate' seperti kadar sewa, bill-bill dan sebagainya


5. Communicate with your team and customers

Setiasa berkomunikasi dengan baik sesama Team dan Customers tujuannya, memastikan Team semua sentiasa alert dengan keadaan semasa, mungkin boleh mendapatkan idea-idea baru yang boleh digunakan untuk menggerakkan business walaupun dalam keadaan PKP. Saya ada lihat beberapa contoh business yang agak terjejas tapi mereke pantas menggerakkan idea baru dalam suasana PKP. Contohnya groceries delivery service, salah seorang kawan saya ni.. tumbuh selepas PKP tau https://eazymart.com/


6. Give your staff options

Kalau boleh janganlah sampai pekerja diberhentikan cuba berbincang dengan baik apa option-optioan yang ada. dalam keadaan PKP dan Covid-19 ni semua pihak terjejas. Orang nak kawin pun terjejas tau. Berbincang dengan baik, mungkin cara kerja dah mula boleh buat secara remote, tau kalau kena kerja pun working hour dikurangkan, dan pembayaran gaji pun mungkin boleh dikurangkan. Dalam keadaan tidak boleh bekerja, dalam keadaan PKP gaji separuh adalah lebih baik daripada tiada kerja dan tiada gaji langsung, dan apabila keadaan kembali pulih mungkain dapat sama-sama majukan semula business.


7. Apply for the debt relief fund launched by the Government

Alhamdulillah kerajaan banyak memberikan banyak pakej-pekej ransangan bukan sahaja untuk orang ramai malah kepada syarikat-syarikat, terutamanya SME dan peniaga kecil. Malah kerajaan negeri juga melaksanakan inisiatif masing-masing untuk membantu rakyat dan perniagaan setempat. Adalah bijak sekiranya perniagaan anda memohon insentif-insentif yang disediakan itu melalui kelayakan. Boleh tengok di link ni untuk Pakej ransangan yang disediakan oleh kerajaan pusat dan sini untuk insentif kerajaan Negeri Selagor untuk pakej ransangan


8. Protect your business model. Don't fully shift away from it.

Walaupun keadaan amat berbeza sekarang ini sekiranya masih mampu, cuba kekalkan business anda, kerana business anda telah lama dikenali oleh customer-customer anda, sekiranya masih beroperasi sewaktu PKP dan dalam keadaan terhad, cuba teruskan dengan kos yang minima. sentiasa cari jalan untuk terus berhubung dengan customer. Keep in touch dan selalu provide value kepada mereka. Dan apabila keadaan kembali pulih anda masih akan dapat support dari customer sedia ada hasil daripada relationship yang berterusan sekalipun dalam keadaan tidak berbusiness.


9. Diversify your business

Kenalpasti strenght & skill yang ada dalam team business, dan cuba identify peluang-peluang business yang boleh di 'grab'. Kalau sekarang ni yang jelas kelihatan melibatkan business berkaitan online (seminar, shopping, digital product dll.) dan delivery (food, groceries dll.) Seperti contoh yang saya kata pasal kawan saya tadi business yang saya tahu dia buat sebelum ni ialah kereta sewa, tapi dalam keadaan PKP ni mereka wujudkan servis penghantaran barangan runcit. Surely tak mudah, tapi cekap dan cepat ambil peluang yang ada.


10. Have different fallback options

Tak semestinya apa yang kita buat dan rancangkan tu semestinya menjadi. Tips kita boleh dengar macam-macam tapi hakikatnya kita yang tahu business kita. Sudah tentu kita mencuba cari jalan yang terbaik dan mungkin juga boleh gunakan pandangan-pandangan dan nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman. Namun sekiranya tak menjadi jangan lihat keadaan sekarang ini sebagai pengakhiran business yang dijalankan. Semua pengalaman, skill, knowledge yang kita ada ini boleh digunakan untuk masa sekarang dan akan datang, plan untuk sesuatu yang baharu berdasarkan segala kekuatan yang kita ada. Kerana keadaan PKP dan covid-19 ini bukan hanya menyebabkan perubahan untuk business kita sahaja, malah seluh keadaan ekonomi dan perniagaan satu dunia.




19 views0 comments

Comentarios


bottom of page