top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

Ambil tahu 3 Kelebihan HOC, sebelum buat keputusan beli rumah..

Nukilan kali ni saya sharekan posting salah seorang sahabat aku, salah seorang Real Estate Negotiator, aku panggil di KJ je, boleh follow FB beliau di sini. Bagi yang tak tau apa itu HOC (Home Ownership Campaign) boleh baca perkongsian beliau kat bawah ni



Baru-baru ni, kerajaan ada umumkan HOC disambung sehingga 31 Disember 2021. Alhamdulillah, ramai yang gembira dengan pengumuman tu.


Eh jap, ada yang tanya HOC tuh apa? HOC ni adalah Kempen Pemilikan Rumah (Home Ownership Campaign) insentif yang goverment buat untuk merancakkan dan membantu rakyat memiliki rumah terutamanya dalam situasi pandemik ini. banyak kelebihan HOC ni kalau nak disenaraikan. Tapi hari ni aku nak share 3 je kelebihan HOC ni.


1. Boleh dapat extra discount 10% - Bawah HOC, pemaju perlu tawarkan sekurang-kurangnya 10% diskaun daripada harga beli, baru projek kediaman mereka boleh didaftarkan di bawah program HOC



2) Free stamp duty (SPA dan MOT) - korang tau kan antara cost paling banyak dalam pembelian rumah adalah bayaran stamp duty terutamanya MOT. So tak payah risau, under HOC, semua ni FREE! Jimat duit


3) Margin pembiayaan 70% untuk rumah ketiga dan berikutnya dimansuhkan (untuk rumah berharga RM600k dan ke atas) semasa HOC - Kalau sebelum ni, siapa yang buat loan untuk rumah ketiga, korang hanya layak dapat margin 70% daripada SPA Price. Tapi under HOC, sekiranya korang beli rumah berharga RM600,000 ke atas, korang masih berpeluang untuk dapat margin pembiayaan yang lebih tinggi, tetapi semuanya bergantung kepada skor kredit dan amalan pengurusan risiko dalam bank yang korang mohon pembiayaan.


Banyak lagi manfaat dan kelebihan HOC ni tapi cukuplah aku share 3 ni je dulu. Tapi ingat ya, HOC ni terpakai untuk hartanah dalam pasaran utama sahaja (new project under developer) yang berharga antara 300,001 sehingga 1 juta. So apa tunggu lagi, kalau korang nak jimat lagi, nak cari rumah untuk investment atau duduk sendiri, boleh contact team HartanahMate, kami ada banyak projek yang In sha Allah sesuai dengan semua bajet korang.


Banyak penjimatan kat situ kan?

Benda boleh jimat, kenapa perlu bayarkan?


So di atas ni serba sedikit perkongsian beliau.. moga dapat bermanfaat.



208 views0 comments
bottom of page