top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

Case study: 4 strategy Ligat Abam Syamsol Survive Business Waktu PKP Covid-19

Writer: Helmy IzzudinHelmy Izzudin

Updated: Jul 13, 2020

Hari ni aku nak kongsikan sikit berkenaan member aku sorang ni Tuan Syamsul Fahimy nama dia, anak kelahiran Kuala Kubu Baru, Selangor, dan dah buat business lebih 15 tahun. Aku kenal pun dah lebih kurang 5 tahun, dari dia berbentuk lebar dan bulat sampai lah dah slim sekarang ni, dalam ligat business dia ni jugak founder JomKurus30Hari.com. Aku pernah JV projek beberapa kali dengan Abam Sam dan alhamdulillah seorang yang boleh dipercayai dan yang boleh deliver.


Gambar aku ngan Abam Sam masa dia dah boleh pakai suit

Tujuan aku sharekan berkenaan Abam Sam ni bukan apa, sebab aku perhatikan dalam kebayakkan business menghadapi kesukaran sewaktu PKP, COVID-19, tapi Abam Sam ni tetap sangat aktif dalam menjalankan business (masih mengikut peraturan dan SOP PKP ya). Aku perhatikan dia ni pandai dan cepat adapt dengan keadaan dan permintaan semasa. Mari kita jenguk sikit apa business yang dia buat.


Business background


Nature business dia, trading & contractor, banyak supply furniture & office equipment, boleh dikatakan 90% daripada business dia adalah daripada contract kerajaan, Business to Government (B2G) dan Offline oriented, pergi jumpa customer bagi katalog dan company profile dan buat sales. Banyak supply office equipment, perabot-perabot pejabat dan sebagainya. Jabatan kerajaan dan IPTA adalah antara customer tetap syarikat Abam Sam. Kalau nak negok website company Abam Sam, SFI Niaga boleh singgah sini



Cabaran sewaktu PKP, COVID-19


Untuk business yang macam Abam Sam buat ni sama seperti business-business lain time berlaku PKP banyak projek mula tertangguh, tak boleh nak cari job-job baru maka sales drop banyak. Dan ada juga kes dimana sebagian job yang dah dimulakan separuh jalan terpaksa ditangguhkan. Bila dah ditangguhkan bermaksud selagi mana job belum lengkap selagi itu bayaran tidak dapat diperolehi, kat sini modal awal mungkin telah pun dikeluarkan, maka kena lah tunggu. Kalau 2-3 bulan tak ada business memanglah agak parah.


Dan ada juga kes dimana sebagian job yang dah dimulakan separuh jalan terpaksa ditangguhkan. Bila dah ditangguhkan bermaksud selagi mana job belum lengkap selagi itu bayaran tidak dapat diperolehi

Sebagai seorang usahawan yang cekap dan alert (saya lebih suka guna perkataan panjang akal). Abam Sam ni tak boleh nak duduk diam dan tunggu, berdasarkan dari pemerhatian aku dan hasil berkomunikasi dengan Abam Sam, boleh dikatakan yang dia ni sangat pantas adapt dengan keadaan. Malah sebelum PKP nak dilaksanakan lagi dia dah ligat mengatur strategi, dia cepat baca dan cepat bertindak dengan demand semasa, aku rasa mungkin aku boleh simpulkan kepada 4 strategy yang Abam Sam buat.



Kita kaji sikit apa 4 Strategy liciknya tu:


1. Cepat Menukar fokus dari B2G kepada B2C


Kalau sebelum ni business Abam Sam banyak bertumpu kepada Business To Government (B2G) sekarang fokusnya bertukar mengikut keadaan semasa dan lebih kearah Business to Consumer (B2C). Memandangkan kebanyakkan Jabatan-jabatan, kementertian, IPTA dan sebagainya tidak dapat membuat pembelian berkaitan dengan produk dan servis yang Abam Sam jalankan di waktu PKP, COVID-19, abam sam segera menukarkan fokus untuk menjalankan business terus kepada consumer. Tidaklah dia terus menunggu PKP habis dan nak mulakan balik B2G.


2. Pantas memenuhi Demand semasa

Supply contactless thermometer berkoyan

Bila dia nampak demand hand sanitizer masa awal-awal sebelum PKP dulu dia antara yang cepat bertindak, bila demand hand sanitizer muncul, Abam Sam cepat-cepat dapatkan sumber dan mula marketkan hand sanitizer. Existing customer dia beli dan ramai juga customer-customer baru yang beli dari Abam sam. Begitu juga dengan demand seperti produk touchless thermometer face masj dan sebagainya. Bila ada banyak demand terhadap produk tersebut Abam Sam segera bergerak untuk memenuhi demand tersebut. Apa lagi agak-agak demand yang muncul time-time PKP, Covid-19 ni? Premises Disinfection & Sanitizing service... Pun dia buat.. kepada mereka yang nak sanitize pejabat, ataupun kediaman ataupun dewan kuliyyah diorang, Abam Sam sedia berkhidmat.


Building Disinfection and Sanitizing Service

Owh lupa, PKP, COVID-19 ni sekarang berlaku time bulan Ramadan kan? Jadi dah tentu ada demand-demand tertentu di bulan Ramadan ni... kueh raya ke? rendang ke? baju raya ke? Apa pulak yang Abam Sam jual untuk memenuhi demand perayaan pulak? Jawapannya, Abam Sam juga menjual sambal pecal Aqilah (kuah sambal kacang pecal). Disamping memenuhi demand yang ada, dengan menjual sambal pecal ni Abam Sam juga dapat menyokong business rakan-rakan business.


3. Segera 'switch' cara marketing dari Offline ke Online

Kat sini abam sam create awareness dan secara tak langsung buat marketing secara online, di FB aje pun bukan buat yang complicated-complicated sangat.

Sebelum ni selalunya buat marketing memang secara OFFLINE. Tapi memandangkan nak bergerak untuk buat marketing secara offline agak terbatas, Abam Sam mula kerap meng-update FBnya untuk kerja-kerja yang sering dia lakukan. Kat sini abam sam create awareness dan secara tak langsung buat marketing secara online, di FB aje pun bukan buat yang complicated-complicated sangat. Tapi daripada posting yang simple tu pun ntah berapa banyak sale dia dapat generate. Bila dah PKP semua orang menumpukan perhatian kepada online, baik nak cari informasi, nak bershopping dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti supply sanitizer, supply thermometer, supply sambal pecal dan sebagainya, semua Abam Sam update di FB. Boleh la try follow Facebook Abam Sam kat sini.


4. Bagus dalam menjalin kerjasama dengan rakan-rakan dalam perniagaan

Antara gambar dengan rakan-rakan business Abam Sam

Kalau diperhatikan macamana pulaklah abam sam ni larat nak buat banyak business yang berbeza jenis time-time macam ni nak buat sanitizing servislah, nak masak sambal pecal lagi, Abam Sam ni setahu aku kalau makan lebih pandai daripada memasak he..he... Kat sinilah aku rasa penting untuk ada ramai rakan-rakan dalam business. Bukan sekadar ada rakan dalam business je, tapi, rakan yang boleh dipercayai. Dalam servis yang Abam Sam buat masa PKP ni untuk sanitizing servis dia ada rakan yang menjalankan servis tersebut dan bekerjasama dengan mereka untuk melaksanakannya, untuk sambal pecal pulak salah seorang rakan abam sam ada menjalankan business F&B sambal pecal, dan Abam Sam pandai mengambil peluang dan menjalinkan kerjasama. Aku sendiri pernah beberapa kali bekerjasama dengan Abam Sam dalam beberapa projek


Kat sinilah aku rasa penting untuk ada ramai rakan-rakan dalam business. Bukan sekadar ada rakan dalam business je, tapi, rakan yang boleh dipercayai

Penutup


Rasanya banyak juga yang boleh dipelajari daripada real case study strategy business yang Abam Sam jalankan ni. Harap apa yang aku kongsikan ni dapat bermanfaat dan mungkin juga boleh sikit-sikit dijadikan panduan. Kita sama-sama doakan agar business yang Abam Sam jalankan ni sentiasa maju, dan sama-sama kita doakan agar mereka yang terkesan daripada keadaan sekarang ini akan segera pulih. Ada masa nanti aku kongsikan cerita lain pulak. Sekian, Wassalam...



 
 
 

1 Comment


Terbaik perkongsian ni , syabas abam Sam , semoga berjaya during & post covid 19

Like

© 2020 by helmyizzudin.com

bottom of page