top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY
Writer's pictureHelmy Izzudin

Cerita Property: bantu Puan Y beli rumah untuk investment

Ni aku nak story sikit pengalaman tolong investor cari rumah, jadi REN ni bukan sekadar nak jualkan atau sewakan rumah semata2 je tapi nak bantu memudahkan buyer untuk dapatkan rumah yang sesuai mengikut kriteria yang diinginkan dan juga bantu owner jualkan rumah dengan harga yang reasonable.


Waktu menunggu Puan Y sampai

Hari tu Puan Y ada hubungi aku berkenaan dengan salah satu rumah yang aku iklankan di area seri kembangan harga 265k, lepas aku storykan serba sedikit berkenaan rumah tu aku ajak lah dia untuk view rumah tu supaya lebih faham dan lebih jelas tentang keadaan rumah tu. Pada waktu yang ditetapkan aku pun bawa Puan Y yang ditemani anaknya untuk view rumah.. dan aku pun ambil peluang untuk tanya lebih lanjut sebab aku pun nak tahu juga untuk apa dia nak beli rumah, dan sebagainya... Dengan sopan santun dan penuh budi bahasa aku pun tanyo beberapa soalan, antara soklan²



Puan daripada mana ya tadi?

Jalan jem tak nak ke sini?

Ni cadang nak beli rumah untuk tinggal sendiri ke untuk investment?

Puan kerja apa ya?

Berapa banyak puan manage rumah sewa ya?


Gambar sekadar hiasan

Bermula dengan soalan pemecah ais hingga ke soalan-soalan kerjaya dan investment beliau dalam property.. memandangkan aku ni seorang yang good listener (puji diri sendiri), banyakla yang diceritakan oleh Puan Y, dia invest camana, kawasan mana yang ok, karenah penyewa dan sebagainya. Setelah beberapa ketika ku pun dapat lah beberapa maklumat yang bermanfaat untuk aku faham tujuan Puan Y mencari rumah.. selepas selesai viewing dan sessi berbual² aku pun dapatkanlah feedback daripada Puan Y, pun melalui soklan jugak.. ok ke puan dengan rumah ni? Puan berminat? Dan sebagainya..


Daripada viewing tu, Puan Y berminat dengan rumah tu dan nak mintak nego harga yang lebih rendah.. Puan Y offer nego harga 230K, aku tahu harga agak jauh dari harga yang ditetapkan oleh owner, tapi menjadi tanggungjawab aku untuk sampaikan feedback kepada owner.. setelah diberitahu, owner tak dapat nak bagi pengurangan sebanyak tu.. maka tidaklah terjual rumah tersebut.

Arrangement viewing kedua pun berlangsung.. dan kali ni aku di temani oleh sahabat Chester iaitu sifu yasser yang memegang listing tersebut.. beliau pegang owner dan aku bawak buyer..


Rumahnya cantik, jenis apartmen, tenanted dengan harga rental yang reasonable, lokasi juga di tempat yang bagus di bangi. Selepas berkomunikasi dan berbincang akhirnya Puan Y bersetuju untuk membeli rumah tersebut dan pembayaran booking di buat pada hari berikutnya.. Alhamdulillah.. happy dapat bantu Puan Y beli rumah untuk pelaburan mengikut kriteria yang diinginkan.



105 views0 comments

Comments


bottom of page