Alhamdulillah, dalam nak menjadikan blog ni platform untuk berkongsikan manfaat hari ni aku sharekan tips yang telah diberikan oleh Kak Aina, Founder Click H&A Consultancy Sdn Bhd. Untuk makluman semua company Kak Aina ni menawarkan service untuk Payroll Service & HR Service untuk syarikat-syarikat SME. Dengan kata lain, dalam nak menjimatkan kos menguruskan HR atau nak kurangkan kos set-up HR Department, SME boleh pilih company kak aina ni untuk menguruskan kerja-kerja HR SME tersebut.
Ok dah seperenggan aku cerita jom kita mentelaah sharing daripada Kak Aina. InsyaAllah bermanfaat untuk yang baru nak cari kerja tu. Jom kita baca.
Semua graduan sama ada memegang segelung Ijazah atau diploma atau mungkin lepasan SPM yang ingin mencari kerja perlu membuat beberapa persiapan sebelum mencari kerja yang sesuai untuk diri mereka.
Tidak kira kerja yang dicari merupakan jawatan yang besar atau kecil atau jawatan biasa-biasa sahaja.
PERSEDIAAN tetap kena buat...
Sebelum tu cuba tanya diri sendiri dulu kalau kita nak kenal seseorang apa maklumat yang kita perlu tahu. Mesti banyakkan? Cuba senaraikan. Jom!
Siapa Nama (Nama penuh seperti di dalam kad pengenalan)
Tinggal di mana (Alamat penuh)
Berapa umur (Tarikh Lahir)
Tinggi berapa (Dalam cm)
Berat berapa (Dalam kg)
Jantina (lelaki/perempuan janganlah dua alam)
Bangsa apa
Anak ke berapa?
Adik-beradik berapa orang
Dah kawin ke belum (Status)
Ibu-bapa masih ada atau tidak (Kalau masih ada adakah bekerja keduanya)
Haa ini kalau kita nak kenal seseorang tu… cuba kalau majikan tu lagi banyak yang perlu dia tahu sepanjang tempoh temuduga. Jadi untuk mengelakkan soalan-soalan yang banyak-banyak tu tiada salah peserta temuduga penuhkan di dalam resume anda tentang maklumat diri.
Tambahan yang perlu di isi di dalam resume antaranya lagi….
... sambungan
Alamat emel
Blog sekiranya ada
Alamat IG / Facebook
Jangan lupa gambar (elok gambar yang profesional janganlah bagi gambar ‘daring’ pulak)
Letak juga jawatan yang dipohon (penting ya)
Semua perkara di atas ni maklumat diri yang nampak macam biasa je tapi penting sangat. Janganlah ikut resume sekarang ni sekadar info nama, email dan gambar. Awal-awal dah kena `REJECT’. Please! jangan buat macam tu yer… majikan perlukan semua maklumat itu kerana mereka ada keperluan menyaring peserta-peserta temuduga. Maklumat diri penting untuk kemudahan komunikasi masa sesi bertentang mata. Gitu…
Ok apa lagi nak letak dalam resume….
Lepas dah selesai bagi maklumat diri. Elok bagi pula objektif hidup anda…Apa yang anda mahu capai dalam hidup macam `Matlamat Hidup’. Tulislah dalam 2 baris jangan banyak sangat….
Lepas tu barulah masukkan kelulusan akademik anda dari Sekolah Rendah sampai Pencapaian Tertinggi anda.
Kemudian pula baru masukkan pengalaman bekerja sekiranya pernah bekerja sebelumnya. Ikut turutan ye masukkan juga dari bila ke bila anda bekerja dalam sesebuah syarikat. Sebab di situ majikan boleh tahu berapa lama anda bekerja.
Boleh masukkan gaji anda di situ dan jawatan.
Kerja apa yang telah anda lakukan.
Anda lapor diri kepada siapa.
Berapa hari seminggu anda bekerja.
Dan lain-lain.
... owh jangan lupa masukkan sekali referral contact dalam resume tu ya....
Pastikan semua perkara di atas adalah benar dan bukan direka-reka. Sekiranya calon menipu, calon yang sudah mula bekerja boleh dibuang serta-merta yer kerana menipu.
Seterusnya….
Masukkan berapa gaji yang anda inginkan (letakkan perkataan `Negotiable’) supaya boleh memberi ruang pada majikan untuk membuat tawaran yang sesuai dengan `budget’ mereka.
Letakkan juga bila tarikh anda boleh mulakan tugas…PENTING untuk majikan dapat menyediakan tempat untuk anda bekerja dan bila tarikh kemasukan ….
LAGI satu kalau plan nak kawin ke mengandung ke bagilah tahu…bukan apa…setiap Syarikat ada `budget’ yang khusus untuk setiap pekerja….
Majikan boleh buat perancangan awal sekiranya pekerja didapati telah merancang untuk bersalin, berkawin atau merancang percutian pada bulan-bulan berikut.
RESUME BOLEH `FANCY’ tapi kalau maklumatnya kurang tak bagus juga. Jadi pastikan semua maklumat cukup supaya nampak `PRESENTABLE’ gitu…
Lagi satu tips…
Sebelum gi interview tu kajilah sikit Syarikat yang kita nak kerja tu…supaya nampaklah sikit kita berminat untuk tahu lebih lanjut tentang apa perniagaan yang Syarikat tu buat.
Lain-lain perkataan buat `HOMEWORK’ dulu sebelum kena temuduga sekiranya telah dipanggil yer.
Ok ni baru bab persediaan buat resume dan persediaan sebelum dipanggil interview dulu ya.. akan datang insyaAllah untuk HR related topic Kak Aina akan sharekan lagi. Bagi yang nak tau lanjut berkenaan apa service yang Kak Aina buat ni boleh la singgah ke link bawah ni.
sekian GOOD LUCK and ADIOS…
Comments