top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

Tips utk Owner Pantau bil TNB & bil Air penyewa

Tips utk Owner Pantau bil TNB & bil Air penyewa


Bila dah jadi REN (Real Estate Negotiator) ni. Banyak kali gak aku dengar dari owner yang sewakan rumah yang hadapi masalah penyewa bagi short notice keluar dari rumah sewa, (*lagi best tetiba menghilang) tengok² bil TNB & Bil air tertunggak banyak, silap² deposit pun tak boleh nak cover, bila mintak bayar dilengah² last hilang. Ada kes sampai ribu riban eh, hu..hu....



Ni aku sharekan tips sikit camana nak pantau bil TNB atau Bil Air untuk rumah yang korang sewakan. (Tak tips sangat pun, ramai yang dah tau 😂..)


Tips#1:

Tipsnya ialah install App MyTNB & App Air Selangor (*tempat luar Selangor atau yang tak bayar melalui Air Selangor aku tak berapa pasti ya). Korang register guna email, masukkan details dan masukkan no akaun bil rumah tu dan boleh terus pantau bil.



So boleh nengok bil semasa tiap² bulan. Kalau nampak lain macam, atau bil macam *paranormal je, atau ada yang tertunggak call tenant cepat² suruh bayar bil.


Tips#2:

Masa tenant masuk tu, siap² tukar nama *bil kepada nama penyewa. Senang, apa² berkenaan dengan bil tu penyewa yang tanggung. (*Utk TNB, untuk Air Selangor aku tak pasti boleh ke tak tukar nama penyewa)





213 views0 comments
bottom of page