top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

3 Kelebihan yang terlahir dari Covid-19

Dalam situasi ekonomi yang merudum, kebanyakkan kita, baik individu dan business semamangnya amat terkesan, tambahan pula keadaan covid-19 sekarang ini. kalau kita lihat sewaktu kegawatan ekonomi 2008 dalam kebanyakkan individu dan business menghadapi kejatuhan tapi ada sebahagian sebahagian yang berjaya menghidu peluang.


Keadaan ekonomi tahun 2020 kali ini adalah berbeza dan dijangka lebih teruk daripada kemelesetan ekonomi tahun 2008, ditambah pula dengan masalah covid-19 yang melumpuhkan banyak perniagaan dalam satu tempoh.


Namun begitu sungguhpun dalam situasi yang sedemikan ia membuatkan sebahagian industri terpaksa memberikan penawaran yang lebih rendah, seperti pihak bank dan hartanah. Maka lanjutan dari keadaan ekonomi yang sedang menurun ditambah lagi dengan kesan COVID-19 di seluruh dunia, terwujudlah keadaan yang juga mungkin merupakan peluang kepada mereka yang dapat mengambilnya.



1. Moratorium 6 bulan kepada peminjam

Kemudahan ini terpakai untuk mereka yang ada membuat pinjaman dengan pihak bank, sama ada pinjaman kenderaan-pinjaman rumah, pinjaman perniagaan dan sebagainya. Kat sini terutamanya kepada individu atau business yang masih tidak terjejas ataupun mempunyai pendapatan yang stabil, boleh mengambil peluang untuk mengumpulkan jumlah yang sepatutnya dibayarkan kepada bank. Jadi selepas habis moratorium mereka akan ada sejumlah extra cash ditangan yang boleh dimodalkan untuk tujuan pelaburan lain ataupun dijadikan reserve. Kesimpulannya bagi yang pendapatannya tidak terjejas teruk anda boleh ambil peluang untuk mengumpulkan disini. Mungkin boleh juga dijadikan pelaburan untuk hartanah, memandangkan antara peluang yang wujud ketika ini melinatkan kejatuhan pasaran hartanah. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat mengenai moratorium yang dikemaskini pada 21 April boleh click di sini


terutamanya kepada individu atau business yang masih tidak terjejas ataupun mempunyai pendapatan yang stabil, boleh mengambil peluang untuk mengumpulkan jumlah yang sepatutnya dibayarkan kepada bank

2. Bank memberikan kadar interest yang lebih rendah

Pada 22 Jan 2020 BNM mengumumkan penurunan Overnight Policy Rate OPR sebanyak o.25% menjadikan kadar baru ialah sebanyak 2.75%, kemudian lagi sekali pengumuman pada 3 March. juga penurunan sebanyak 0.25% lagi menjadikan kadar baru OPR ialah sebanyak 2.5%. Kadar lebih rendah sebelum ini ialah pada tahun 2009 iaitu sebanyak 2%. Ada yang menjangkakan yang ianya akan turun lagi. Maklmat pengumuman boleh dibaca disini. Apa kelebihan penurunan OPR ni? Perubahan ini secara lansung akan mempengaruhi kadar pinjaman bank-bank, kesemua bank akan mengurangkan kadar pinjaman selepas pengumuman penurunan OPR dari bank Negara maklumat tersebut boleh dibaca disini.

Apa kelebihan penurunan OPR ni? Perubahan ini secara lansung akan mempengaruhi kadar pinjaman bank-bank, kesemua bank akan mengurangkan kadar pinjaman selepas pengumuman penurunan OPR dari bank Negara

Disini ia membuka lebih peluang kepada mereka yang ingin membuat pinjaman. Pada yang mengambil peluang, mereka akan gunakan kesempatan ini untuk memohon pinjaman dan mengambil kelebihan kadar BLR yang rendah tapi kena beringatlah, janis pinjaman apa yang nak dibuat dan kemampuan untuk melaksanakan bayaran. Bagi pelabur hartanah mereka akan gunakan pinjaman ini untuk pelaburan hartanah. Sudahla kadar faedah menurun, kena pulak dengan kadar harga hartanah juga menurun. Kat sinilah peluang yang boleh mereka ambil. Walaupun penurunan OPR ni sebenarnya menggambarkan keadaan ekonomi negara yang menurun, dan ia bertujuan untuk stimulate semula ekonomi, tapi mungkin tak ramai yang boleh mengambil peluang tersebut. Pada aku mungkin sepaling tidak pun kita cuba untuk tambah-tambahkan knowledge, supaya paling tak pun dapat cuba ambil peluang yang ada. Dan kalau anda perasan, pelabur hartanah agak excited dengan penurunan kadar OPR ni, kita semua pun excited gak pasal kadar pinjaman berkurang bermakna pembayaran kepada bank lebih rendah. Cuma mungkin concern utama ialah dari segi pendapatan yang terjejas, samaada untuk individu ataupun business


3. Pasaran Hartanah dijangka turun 10% dan mungkin lebih lagi

Rata-rata harga hartanah menurun dan kadar 10% tu pada aku kadar yang selamat untuk di announce. Berkemungkinan harga sesetangah jenis hartanah jatuh lebih banyak dari 10%. Article dari sinar harian ni Kat sini lagi sekali peluang wujud, especially untuk pelabur hartanah. Pada tahun 2008/2009 dahulu agak ramai yang terjumpa peluang ni dan mengambil kesempatan di atas kejatuhan nilai hartanah. Tapi bukan boleh main sebarang melabur, kebanyakkan mereka ada strategi yang dibuat supaya dapat memaksimumkan kadar keuntungan dan meminimumkan kadar risiko. Kalau nak tanya kat aku knowledge memang tak banyak sangat la. Tapi sempat jugak la sikit-sikit ambil peluang. Ada yang kata pelabur hartanah ni kapitalis kerja nak ambil huntong je... bab ni aku rasa tak fair lah nak cakap macam tu.. sebenarnya pada mereka yang ada pendapatan yang stabil digalakkanlah melabur dalam hartanah ni, sebab kalau korang tak ambil peluang akan ada orang lain yang ambil, malah mungkin mereka yang melabur dalam bidang hartanah pulak dapat memberikan manfaat kepada orang lain dengan cara yang lebih baik.


Jangan terkejut ya bagi mereka yang sangat familiar dengan pelaburan hartanah ni penurunan kadar harga boleh jejak hingga ke 30%

Bagi pelabur hartanah yang bersedia penurunan kadar harga hartanah ni merupakan berita dan peluang baik untuk direbut. Bagi dah biasa dan dah tahu mengenai pelaburan hartanah ni sila teruskan dengan strategi masing-masing tpi bagi yang masih baru dan nak tambah pengetahuan mengenai pelaburan hartanah ni aku galakkan untuk pergi ke FB Page disini. Peluang tu insyaAllah ada, cuma siapa yang akan ambil yang menjadi persoalannya, aku kah..? korang kah..? mereka kah..? Jangan terkejut ya bagi mereka yang sangat familiar dengan pelaburan hartanah ni penurunan kadar harga boleh jejak hingga ke 30%. Tapi mereka yang selalu terlibat dengan hartanah seperti pelabur, real estate agent lah yang lebih tahu mengenai perkara ni. Itulah, kadar rate bank yang lebih rendah ditambah pulak dengan pasaran hartanah yang menurun ia bagaikan melodi yang nyaman untuk didengar oleh mereka yang lebih bersedia. Tapi bagi mereka yang kurang bersedia peluang masih ada untuk belajar daripada mereka yang lebih tahu. Tambahan pulak masa aku tulis artikel ni waktu PKP, ramai je yang kongsikan knowledge mereka. Boleh join FB Page ni kalau nak buat tambah-tambahkan knowledge. Bukan page aku pun tapi page salah seorang kawan yang sangat murah hati untuk sharekan knowledge yang dia ada.


Sekian aku sharekan 3 kelebihan yang lahir time-time Covid-19 ni. Panjang dah membebel.


22 views0 comments
bottom of page