top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

5 Elemen PENTING untuk pembangunan seimbang di Subang Jaya

Latar belakang subang jaya


Subang jaya terletak dalam daerah Petaling. Bermula dari SS 12 - SS 19 termasuk merangkumi PJS7/PJS11 bandar Sunway, UEP Subang Jaya (USJ), Putra Height dan Batu Tiga. Kesemua kawasan ini ialah di bawah Majlis Bandaraya Subang Jaya. Kerja pembangunan Subang Jaya (terdiri daripada SS 12 - SS 19) bermula pada 21 Februari 1976 dan disiapkan pada tahun 1988. Selepas selesai, Sime UEP mula membersihkan tanah untuk pembangunan USJ. Pada tahun 1999, Sime UEP memulakan pembangunan Putra Heights.


Pada tahun 2010, Subang Jaya adalah bandar yang mempunyai paling ramai penduduk di Malaysia dengan populasi 1,553,589 penduduk mengatasi Kuala Lumpur (1,475,337 penduduk). Dan kini ianya dijangka lebih lagi dan sentiasa meningkat.


Apa yang menariknya bandar Subang jaya ni, ia merupakan satu kawasan yang sangat comprehensive dan seimbang dengan pembangunan komersial, social dan pendidikan. Terdapat banyak kawasan industri khas yang terdapat di sekitar Subang Jaya, banyak pusat-pusat komersial dan pusat membeli belah dan hampir di setiap kawasan mempunyai padang untuk tujuan rekreasi dan beriadah. Hospital dan Pusat pendidikan swasta yang banyak terdapat di Subang Jaya juga amat membantu meningkatkan sosio-ekonomi di Subang Jaya. Kesemua pembangunan dan insfrastruktur yang diwujudkan ini menjadikan Subang Jaya sebagai satu kawasan yang sangat ideal untuk tempat tinggal, tempat untuk perniagaan mahupun untuk tujuan pelaburan.


Kawasan yang boleh dikatakan sangat matang dan seimbang berbanding kawasan-kawasan lain. Ada juga yang mengatakan Subang Jaya merupakan bandar orang pencen, namun kerancakkan ekonomi kawasan ini membuktikan yang pembangunan di kawasan ini dibawa oleh pelbangai peringkat golongan masyarakat, peranan golongan orang pencan sebenarnya menguatkan lagi dan membantu keseimbangan komuniti yang baik si Subang Jaya sebenarnya. Kenapa saya katakan pembangunan seimbang? sebab kawasan ini mempunyai komuniti masyarakat yang agak kuat. Kerana rata-rata masyarakat di sini amat aktif dengan pelbagai aktiviti masyarakat, kewujudan rukun tetangga, persatuan penduduk, komuniti setempat dan sebagainya.


Untuk lebih mengenali apa yang ada di Subang Jaya mari kita lihat elemen yang membantu pertumbuhan dan pembangunan seimbang di Subang Jaya:


1. Prasarana/kemudahan awam yang baik


Terdapat sangat banyak prasarana yang lengkap di Subang Jaya. Boleh dikatakan pentadbiran Majlis Bandaraya di sini berjaya mewujudkan keadaan persekitaran yang baik dan selesa untuk setiap golongan. Malah kemudahan pengangkutan awam juga amat baik dan cekap malah rangakaian stesennya juga terletak di tempat yang sangat strategik. Di bawah ni senarai kemudahan yang ada di Subang Jaya.

  • Rangkaian LRT

  • BAS Selangorku

  • Komuter

  • Padang MBSJ (dibuka untuk kegunaan awam)

  • Banyak Taman dan padang hampir di setiap komuniti

  • Sistem jalan raya yang baik dan selesa

Foto Kredit: klia2.info

Foto Kredit: mbsj.gov.my

2. Pusat pendidikan tinggi swasta


Banyak kolej dan universiti yang terdapat di Subang Jaya. perkembangan ini membantu mewujudkan kelompok pelajar yang secara tak langsung terlibat dengan komuniti setempat. Malah membantu merancakkan permintaan sewaan hartanah dan juga perniagaan di sekitar kawasan pusat pendidikan. Di bawah antara senarai kolej & universiti yang ada disekitar Subang Jaya. (Banyak tu, pilih je nak mana satu)


  • ALFA International College

  • At-tamimi International A Level School

  • Cilantro Culinary Academy

  • International Medical College

  • INTI International University

  • Monash University

  • SEGi University College

  • Sunway TES

  • Sunway College

  • Sunway University

  • Taylor's College

  • Taylor's University

  • The One Academy

  • Westminster International College

Foto Kredit: easyuni.my
Foto Kredit: easyuni.my

3. Kawasan yang ideal untuk aktiviti Sosial, Kemasyarakatan, Rekreasi & Hiburan


Untuk makluman hampir semua kawasan di subang jaya mempunyai padang rekreasi yang memudahkan penduduk untuk beraktiviti riadah. Perkara ni pada saya amat jarang saya dapat lihat di kawasan-kawasan lain. Untuk ini kita perlu faham yang nilai yang penduduk kawasan Subang Jaya nikmati bukan sekadar pada rumah yang diduduki tetapi kepada persekitaran yang mempunyai banyak kelengkapan dan kemudahan termasuk taman rekreasi yang rata-ratanya memang ada di setiap kawasan Subang Jaya.



Selain dari kawasan reakreasi banyak dewan-dewan sukan, driving range dan sebagainya ada di sekitar Subang Jaya dan USJ. Terdapat malah tempat meluncur ais di Sunway Piramid, pusat boling dan sebagainya. Dewan badminton dan pusat aktiviti riadah lain juga banyak terdapat di sekitar Subang Jaya ini.



Foto Kredit: theedgemarkets.com

Foto Kredit: eversafe.net

Pusat membeli belah juga banyak terdapat di kawasan ini. Memudahkan untuk masyarakat sekitar termasuk pelajar-pelajar kolej dan universiti untuk berkunjung untuk tujuan bersosial, membeli belah, menonton wayang, mendapatkan hiburan dan sebagainya. Antara pusat membeli belah utama yang terdapat di sekitar Subang Jaya ialah:

  • Subang Parade

  • Empire Subang

  • Sunway Pyramid

  • SS15 Courtyard

  • AEON Big Subang Jaya

manakala pusat membeli belah di kawasan USJ pula adalah seperti berikut:

  • The Summit

  • Da Men

  • Giant USJ

  • Mydin USJ

  • Main Place

  • One City

  • The 19 USJ City Mall

Banyak pilihan yang ada sekiranya penduduk sekitar Subang Jaya ingin membeli belah, makan, bersosial dan sebagainya. Malah lokasi setiap pusat membeli belah ini tidak berjauhan antara satu sama lain.


4. Pembangunan kawasan komersial dan industri yang terancang


SS 15: Terdapat beberapa pusat komersial utama yang terdapat di dalam kawasan Subang Jaya ini antaranya ialah di SS 15 yang mana kawasan tersebut mempunyai pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan, tambahan pula terdapat beberapa kolej utama yang terletak di kawasan SS 15.



Bandar Sunway: Bandar Sunway masih terletak di bawah kawasan Subang Jaya. Kawasan yang amat terkenal kerana ia mempunyai taman tema yang besar dan lengkap. Kawasan Sunway sahaja mempunyai begitu banyak tarikan selain taman tema Sunway Lagoon, di sekitar kawasan tersebut juga mempunyai Sunway Hotel, Kolej, bersebelahan Sunway Piramid, Sunway Medical Centre dan banyak lagi.


Taipan USJ: Taipan USJ terletak di USJ 10, di sini ia adalah sepenuhnya komersial, ada terdapat pejabat, kedai runcit, kedai borong, bank-bank, restoran, bengkel kereta, hotel dan sebagainya. Berdekatan dengannya ada stesen LRT Taipan bagi kemudahan penduduk sekitar. Yang bagusnya ekonomi kawasan rancak kerana TAIPAN USJ ini dikelilingi oleh kawasan perumahan. Ia amat membantu untuk menggerakkan ekonomi kawasan ini. Maklumlah buat masa sekarang ni Subang Jaya merupakan kawasan yang paling tinggi populasinya, berbanding dengan tempat-tempat lain, jadi kuasa membeli, kemahiran, keperluan banyak bertumpun di Subang Jaya.


Kawasan Industri: untuk kawasan industri juga Subang Jaya mempunyai banyak kawasan khas iaitu:

  • Taman Industri PJS 11

  • Taman Subang Industri SS13

  • Taman Industri Sime UEP

  • Taman Industri Subang (USJ1)


5. Sosio-ekonomi yang seimbang


Sekalipun kita lihat agak banyak banyak pembangunan yang dilaksanakan di Subang Jaya namun ianya amat seimbang. Masyarakat masih boleh tinggal dengan selesa, nyaman dan harmoni dan dalam masa yang sama aktiviti komersial masih berlangsung dengan baik. Amat jarang sekali kita dengar permasalahan yang menggangu penduduk hasil daripada pembangunan komersial dan industri di kawasan Subang Jaya. Yang paling selalu kita dengar ialah Subang Jaya "jem".... Kalau nak baca berkenaan artikel daripada The Edge Market berkenaan Subang Jaya boleh dibaca disini


Saya sendiri telah menetap dan tinggal di Subang Jaya lebih 8 tahun. Saya lihat banyak aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di sekitar Subang Jaya, malah Pihak Berkuasa Tempatan, Pihak Parlimen dan DUN Subang Jaya pun amat aktif mendekati masyarakat. Kalau sebelum wabak Covid-19 melanda, banyak aktiviti gotong royong, rukun tetangga, open house, tazkirah dan usrah diadakan dan berlangsung dengan baik. Dan apa yang saya perhatikan kebanyakkan mereka yang tinggal di Subang Jaya agak sukar untuk mereka berpindah ke tempat lain kerana amat menyukai suasana yang seimbang ini.


Oleh itu tak hairanlah kalau nak dikatakan hartanah di Subang Jaya ni agak bernilai tinggi, bukan hanya kerana lokasi dan status pegangan bebas (Freehold) hartanah yang kebanyakkannya ada di Subang Jaya, tetapi ia merangkumi semua faktor, baik kemudahan yang ada, insfrastruktur, pengangkutan, keadaan sosial dan ekonomi, keharmonian masyarakat setempat dan lain-lain amat menyumbang kepada pembangunan seimbang di Subang Jaya.


Peluang memiliki hartanah di Subang Jaya

Owh ya.. bagi mereka yang tinggal di sekitar Subang Jaya atau mereka yang berminat untuk meninjau potensi hartanah di Subang Jaya, ada Projek baru berstatus Freehold yang sedang dalam pembinaan di sini SOHO unit dan fully furnished dan harga di bawah RM 320k. Buat masa ni saya sedang membuat write up berkenaan projek berkenaan dan insyaAllah akan providekan link disini nanti. Buat masa sekarang kalau anda berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan projek tersebut boleh WhatsApps saya di sini. Atau pun singgah ke booth team kami di Mydin USJ, level 1, berdekatan Wah Chan dari 29 March - 4 April 2021 untuk penerangan lanjut.





bottom of page