top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

“KALAULAH 5 TAHUN LEPAS...” 3 Sebab Penting Melabur Hartanah

Updated: Feb 15, 2021

Mereka yang membeli rumah dah tentulah ada sebab masing-masing. Kalau first time buyer beli rumah biasanya untuk tinggal sendiri. Tapi kalau yang ada peluang untuk beli lebih dari satu ianya lebih bertujuan untuk pelaburan.

Bebelan saya kali ni lebih kepada nak kongsikan sebab kenapa saya merasakan sangat penting membeli hartanah ni. 3 sebab yang saya listkan di bawah ni boleh dikira sebab-sebab yang agak 'Humble' kalau nak dibandingkan dengan mereka yang lebih Pro dalam bidang hartanah ni, tapi masih kuat untuk menjadi penyebab saya minat dan cuba untuk melabur dalam hartanah ni.



1. PENCEN & GRATUITI

Saya ni ada business sendiri dan business yang ada bukanlah besar, tapi sejak daripada lebih 10 tahun dulu daripada businesslah saya survive dan menyara keluarga. Bila dah jejak umur 55 nanti tentulah tak ada pencen macam mereka yang bekerja di sektor awam atau dapat gratuiti besar macam bila pencen kerja dari GLC. So guane saya nak dapat pencen bila umur dah jejak umur pencen dan mungkin masa tu dah tak berapa rajin atau tak berapa larat nak gerakkan business? Saya fikir-fikir melalui Hartanahlah pencen saya. Beli rumah, kemudian sewakan. By the time dah habis bayar bank, saya akan dapat nett sewa tersebut dan saya pun maybe dah agak berusia waktu tu. Sewa rumah tu lah sumber pencen saya. Kalau nak banyak duit pencennya, kena belilah lebih banyak rumah dari awal.


2. HARTANAH BOLEH DIWARISKAN KEPADA ANAK-ANAK

Perniagaan pun boleh diwariskan tapi tak semestinya anak-anak nak menyambung business yang kita buat. Business kita sekarang pun belum tentu masih lagi relevan pada masa akan dating. Jadi Hartanah merupakan salah satu asset yang boleh diwariskan kepada anak-anak. Tambahan pulak pasa masa akan datang belum tentu mudah untuk anak-anak nak membeli rumah. Kalau murah rezeki anak-anak dan tidak memerlukan rumah yang kita sediakan mungkin ia boleh dijual untuk menampung keperluan lain.


3. MENJAWAB PERSOALAN TAK SUDAH “KALAULAH 5 TAHUN LEPAS..”

Dulu masa muda-muda saya selalu tertanya-tanya “Mahalnyaaa harga rumah sekarang ni..!!! 5 tahun lepas harga dia baru berapa je…?!! Kalaulah 5 tahun lepas aku beli kat sini...” (walaupun 5 tahun lepas pun saya belum tentu boleh beli) dan sebenarnya persoalan ni sampai sekarang pun saya masih tertanya lagi, sama la macam korang.. ha..ha.. Kalau 10 tahun dulu dengan RM 500K dah boleh beli rumah Semi-D di Bangi, tapi sekarang?? Untuk sebuah rumah semi-D boleh ke dapat dengan harga tu di Bangi? Anda rasa agak-agak lagi 5-10 tahun akan datang macamana lah agaknya harga rumah.


Tapi.... kalau kita dah beli 1 atau 2 buah rumah 5 atau 10 tahun lepas mungkin kita boleh menarik nafas lega sikit bila kita tengok harga pasaran terkini rumah yang kita beli tu. Taklah terlalu sakit hati tengok harga rumah meningkat naik. Rasa-rasa 5-10 tahun akan datang harga rumah akan makin murah..?? Mungkin ya, mungkin jugak tidak. Tapi kalau dilihat kepada data harga 5 - 10 tahun lepas sampai sekarang secara umumnya harga meningkat dari tahun ke tahun.


Walaubagaimana pun, ada pada tahun-tahun tertentu permintaan untuk pembelian rumah akan berkurangan disebabkan oleh factor ekonomi dan sebagainya. Contohnya waktu sekarang ni lah. Di sinilah kalau ada ruang dan peluang untuk membeli rumah dengan deal & harga yang agak menarik. Tapi kalau nak harapkan dapat harga sama seperti harga 5 atau 10 tahun lepas memang susahlah.


Kesimpulan

Begitulah antara 3 sebab kenapa kena beli hartanah. Tapi ni sebab untuk diri saya sendiri, lain orang mungkin ada sebab dan objektif masing-masing. Ada juga yang gunakan untuk backup business, digunakan untuk pembelian rumah pencen dikemudian hari dan sebagainya. Lain orang lain sebabnya. 3 sebab yang saya sharekan ni antara sebab-sebab yang agak simple dan mungkin agak mudah di rasionalkan.



Pada saya, dalam waktu sekarang ni peluang amat terbuka luas untuk mereka yang masih mempunyai pekerjaan tetap dan income tetap. Sebaiknya cubalah membeli hartanah untuk tujuan pelaburan, walaupun anda dah beli sebuah. Jadikan ia salah satu cabang pelaburan jangka panjang untuk 5 ke 15 tahun akan datang. Lebih-lebih lagi pada waktu sekarang ni, banyak insentif pelepasan dan peluang pembelian serta deal yang bagus untuk anda membeli hartanah, sama ada untuk market Sub-Sale ataupun Projek baru.



Agak sayang untuk mereka yang masih mempunyai pendapatan tetap tetapi tidak cuba untuk melabur dalam bidang hartanah. Bukan sahaja ia dapat memberi potensi keuntungan jangka panjang malah ia juga dapat membantu merancakkan ekonomi semasa secara tak langsung.


Kalau anda nak cuba explore peluang-peluang yang ada dalam bidang property ni boleh hubungi saya melalui WhatsApp di link ni: WhatsApp Helmy


Sekian terima kasih

Adios..

85 views0 comments
bottom of page