Kenapo jang? kenapo...? Den cakap dah bunyik loghat Nogori Sembilan pulak. Den bukan Oghang Nogori, tapi pasal maso bujang dolu den banyak baco majalah Ujang, tu yang den raso kadang-kadang den menulih ado slang macam Noghori Sembilan. Kalau cakap dopan-dopan confirm marah oghang Noghori dongar. Sebelum kono maghah den tulih biaso balik.
Ni aku teruskan cerita kepada point-point yang aku kata kritikal tu ya
1. Penting untuk Online Visibility
Aku nak tanya, sapa kenal Encik Google? search engine terbesar di dunia buat masa ni kan? Kalau kita nak tau apa-apa maklumat kita akan cari disitu? Nak tau pasal berita, masakan, resepi, teka teki, aku pun kalau nak cari pantun-pantun sesuai untuk ucapan cari kat google. Google akan tolong senaraikan kepada kita berkenaan maklumat yang kita cari tu. Sama jugalah dengan business. Kalau pelanggan nak tau berkenaan business kita, produk atau servis yang kita tawarkan tu, kat mana dia nak cari?
Katakanlah kita tiada website dan tiada visibiliti online mungkin ada beberapa cara, customer akan jumpa business kita..
Kalau dia kenal kita dan dia tau business kita dia akan contact kita untuk bertanya lanjut tentang produk atau servis kita.
Kalau kita ada kedai mungkin dia just walk in ke kedai kita, untuk tanya atau beli produk kita.
Kalau kebetulan mereka lalu di kedai kita dan berminat nak singgah.
Kalau jenama business kita dah terkenal tanpa website sebelum ni, mungkin customer dah memang tahu dan akan tetap mencari produk/servis yang kita tawarkan.
Tapi.. biasanya cara-cara di atas tu lebih mudah berlaku apabila kita dah pernah ada pelanggan dan dah dikenali. Sungguhpun begitu, macamlah pelanggan tu takde pilihan nak pergi ke business lain kan, kenapa pula dia asyik nak berurusan dengan perniagaan korang..? Kalau pelanggan baru lagilah susah mereka nak kenal dengan business kita.
Jadi salah satu cara nak memudahkan bakal pelanggan baru, jumpa dan mengenali business kita adalah melalui website. Di situ mereka boleh tahu apa business kita buat, apa value yang kita berikan dan perbezaan business kita dengan business-business yang lain. Online visibility ni perlu untuk bakal customer jumpa business kita dan berpeluang untuk tahu tentang business kita terlebih dahulu melalui website.
Jadi pada aku sangat-sangat penting untuk ada visibility online. Paling-paling selebet pun at least ada website untuk business. (kalau yang cakap ada FB ngan IG pun boleh buat sale apa..) FB ngan IG tu termasuk kategori visibility online ya.. apa-apa medium online perlu digunakan sebaik boleh, cuma kat sini aku nak fokuskan kepada kepentingan ada website. Lebih-lebih lagi time-time macam sekarang ni, time PKP, Covid-19. Jadi sangat penting untuk orang cari berkenaan business kita dan jumpa business kita di internet. Kat situ mereka boleh tahu lebih lanjut tentang produk dan servis yang kita tawarkan, kat mana kawasan servis kita, kat mana alamat kita kalau mereka nak cari, apa keistimewaan business kita berbanding dengan yang lain-lain dan sebagainya. Seterusnya menguhubungi dan berurusan dengan business kita.
2. Boleh reach customer secara Worldwide, tapi lebih PENTING reach customer di kawasan business kita sendiri.
Bila ada website, maklumat tentang business kita boleh reach hampir satu donia, bila mereka click link website kita atau masukkan website address kita kat internet dan boleh terus dapat maklumat. Kalau lagi best mereka cari kat google jumpa business kita, tapi macam saya cakap tadilah nak cari kat google pun ada persaingannya sendiri. Kalau bukan dapat reach satu dunia pun atleast kita boleh reach satu Malaysia. Tapi yang lebih penting ialah business kita untuk reach di kawasan yang kita jalankan business. Bab macamana orang nak jumpa business kita kat Google pulak itu chapter lain. Tapi kalau nak bagi jumpa kat Google pun adalah lebih baik ada website dulu.
3. Lebih Kredibiliti untuk business korang
Bila ada website ni ia akan membina lebih credibiliti. walapun kita sendiri tahu yang memang business kita ni bagi servis yang bagus, tapi ramai lagi orang yang tak tahu dan tak kenal business kita. So, melalui website kita itulah kita sampaikan tentang value, kualiti, pengalaman, maklumat produk, sapa customer-customer kita sebelum ni dan servis yang kita jalankan. Kat situlah kita nak berikan first impression kepada bakal customer kita. Bila dia masuk je website business kita, kita berikan mereka feel dan faham dengan business kita. Kat situ kita boleh develop kredibiliti awal dengan customer yang baru jumpa dan baru nak kenal business kita.
Ni aku cerita sikit dari pengalaman aku sendiri la ehh, pernah buat permohonan pinjaman bank, salah satu pegawai yang nak meluluskan tu tanya mengenai business dan meminta website adress untuk mereka tahu dengan lebih lanjut mengenai business yang aku jalan kan, nasib baik memang dah ada website dan cun jugakla website company aku tu (website buat sendiri ya, walaupun tak tau sangat teknikal dan design.. ha...ha.. angkat bakul sikit..). Itu adalah salah contoh kita cara kita menyampaikan credibiliti business kita kepada orang lain. Disamping faktor kewangan business, website tu dapat membantu pegawai bank tersebut untuk lebih faham business yang saya jalankan. Ni contoh website aku The Gifts Dept. dan Hi Pro Ventures dan Blog aku yang ni lah helmyizzudin.com
4. Your company is represented for 24 hours, 7 days a week and 365 day a year, melalui website.
Kita kalau jumpa customer baru dan nak explain pasal business kita mungkin kapasiti agak terhad, dalam satu satu masa kita mungkin boleh set appointment dengan seorang atau sekelompok customer. Melainkan kita ada peluang untuk kumpulkan beratus customer berbeza dalam satu masa untuk mereka dengar kita explain tentang produk atau business yang tawarkan. Ini kalau korang memang tererlah boleh kumpul sekumpulan customer yang berbeza dalam satu masa.
Pada aku, kita boleh anggap website yang kita buat ni sebagai satu pejabat virtual atau kedai virtual. Di website kita boleh letakkan virtual interior yang cantik melambangkan personaliti business kita serta memberikan feel yang baik berkenaan business kita, dan meletakkan maklumat penting business kita dengan cara yang tersusun supaya cusomer yang singgah di virtual office/kedai kita ni jumpa maklumat yang mereka perlukan.
Mereka nak tahu siapa yang jalankan business - mereka jumpa.
Mereka nak tau produk atau servis apa yang kita berikan - mereka jumpa.
Mereka nak tahu siapa pelanggan-pelanggan kita sebelum ni - mereka jumpa.
Mereka nak tau apa pelanggan-pelanggan kita kata tentang business kita - mereka jumpa.
Mereka nak tau apa kualiti dan value yang kita berikan - mereka jumpa
Mereka nak tau sama siapa follow kita di FB & IG - mereka jumpa
Mereka nak tahu kat mana pejabat/kedai fizikal kita - mereka jumpa dan mere
Mereka nak tahu contact number kita dan email kita - mereka jumpa dan bila mereka mula berminat untuk berurusan dengan business korang mereka akan contact. Pelanggan baru dah mula mengenali & menyukai business korang sebelum mereka contact korang lagi.
Itulah antara kelebihan bila ada website. Presentation tentang business korang tu dilaksanakan oleh website korang terlebih dahulu. Dan disaat mereka menghubungi korang mereka sedang mempunyai beberapa peratus minat didalam hati mereka untuk berurusan dengan korang. Kalau tak mereka tak try contact.
5. Website will still work for you, even when you sleep
Bestkan ada website..? Penting kan ada website untuk business korang..? dan lagi best website ni bekerja 24 jam, 7 hari seminggu, dan 365 hari setahun untuk korang. Setiap kali bakal customers baru pergi ke website anda mereka seolah-olah masuk ke virtual office/kedai korang. Dan bakal customer anda yang ramai-ramai tu sentiasa diperkenalkan diperkenalkan dengan business anda secara layan diri setiap kali, potensi pelanggan dari seluruh Malaysia dan mungkin dari seluruh dunia pulak tu. Korang tengah tidur berdengkur pun website korang ni tolong bekerja untuk anda. Kalau lagi terer korang nak terus jual produk/servis di website anda pun boleh. Website korang boleh dijadikan kedai online dan ada sistem pembayaran kalau anda mahu. Bangun tidur je dah banyak sales close. Korang cuma arangekan delivery je. (sebagai salah satu contoh ya..)
Pengalaman aku sendiri mengenai kepentingan ada website
Salah satu business yang aku buat ialah supply produk promotional gifts, aku dulu pun masa mula-mula buat business aku ingatkan website ni tak perlu, sebab masa mulakan business, aku lebih banyak berjumpa dengan customer dari agensi, kerajaan, institut pengajian, bank dan sebagainya dan dari situlah saya mendapatkan market, dan mereka kebanyakan membeli secara bulk, dalam quantiti sederhana & besar, samaada mereka nak digunakan untuk event, corporate gift dan sebagainya.
Masa tu pikir kalau nak buat pun, sekadar ada website ajelah. Aku sangkakan kalau buat website ni aku hanya akan reach customer yang nak membeli promotional gifts secara seketul-seketul. Tapi sangkaan saya meleset, Alhamdullilah, bila customer jumpa website aku dapat reach agak banyak customer-customer baru daripada syarikat-syarikat yang sememangnya membeli dalam bulk kuantiti, dapat reach customer baru yang membantu menyumbang kepada sales company aku. Bayangkan kalau aku terlepas peluang ini sebelum ni, Berapa banyak potensi sales yang saya hilangkan.. ish..ish..
Rasanya macam panjang dah aku cerita kat atas tu. Harap korang tak boringlah baca ya, Al-maklumlah, time-time PKP nilah aku ada banyak sikit masa nak buat blog ni, terpikir nak buat dah lama dah cuma segan malu-malu kucing nak buat blog ni.
So kalau korang tak berani lagi nak hire freelance atau sapa-sapa untuk buat website korang aku cadangkan korang pergi ke link ni dan register. Kemudian try buat website sendiri FREE je, serius webbuilder tu boleh tolong buatkan website secara percuma je dan nampak professional. Nak test buat dua tiga version website pun boleh memang free je, ada banyak gila template dan korang godeklah habis-habisan, cuma kalau bila korang dah ok dan plan nak letakkan domain sendiri korang ada option untuk upgrade ke premium dan boleh maintain sendiri website tu. Kalau takut-takut dan tak tau macamana nak buat aku ada bagikan sekali step by step tutorial kat sini. Kenapa aku rekomen sangat? sebab aku sendiri guna untuk website aku dan aku ceritakan 12 sebab kenapa senang gila guna kat link ni.
Sekian moga dapat bermanfaat ya..
Comments