top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

Apa itu Business Sublet?

May 4, 2020
4 min read

Updated: Jul 16, 2020

Sublet merupakan istilah yang digunakan apabila kita melakukan aktiviti sewa atas sewa. Kita menyewa dengan Tuan rumah dan kemudiannya kita sewakan kembali kepada pihak lain dengan harga yang boleh memberikan keuntungan kepada kita. Sama ada untuk dibuat homestay, Airbnb, sewa tanah dan uruskan penyewaan lanjut atau nak buat sewa per bilik ataupun nak buat sewa per katil, terpulang kepada kita sebagai subletter.

Keuntungannya pulak macamana business sublet ni. Kat sini aku cerita secara ringkas sahaja ya. Kita menyewa dengan pemilik rumah dengan sekian harga dan kita sewakan kembali kepada penyewa engan harga yang lebih tinggi. Kalau buat sewan per kepala (atau per katil), kena pastikan jumlah keseluruhannya melebihi bayaran sewa kepada pemilik rumah, margin itulah keuntungan kasar kita. Ada kesempatan aku story panjang dalam post lain ekkk. Nampak mudah kan? Ia taklah begitu mudah tapi tak jugalah terlalu susah. Ada yang tanya, kenapa penyewa tak cari rumah lain dan sewa direct sahaja dengan tuan rumah lebih murah..? Ya betul pandangan tu tak salah. Tapi menyewa direct dengan owner sebuah rumah ada kelebihan dan kelemahan tertentu.


So kehadiran pengusaha sublet atau subletter ni ialah untuk mengatasi kelemahan yang dihadapi untuk menyewa seluruh rumah. Aku akuletakkan contoh seperti kat bawah ni ya..



Ceritanya berbunyi begini


Fendi baru sahaja mendapat kerja di Bangsar South, sebagai IT Technician, beliau berasal daripada pahang, sebagai lepasan kolej beliau masih belum mempunyai kenderaan dan baru mula nak bekerja, gaji permulaan beliau ialah RM1,500. Beliau perlu perlukan tempat tinggal di kawasan sekitar untuk beliau berkerja di Bangsar South. Jadi beliau pun cuba mencari rumah sewa di kawasan sekitar bangsar south, kawasan yang berdekatan ialah kawasan pantai dalam ataupun kerinchi. Beliau cari iklan sewa rumah di laptop berjenama HP, yang banyak berjasa kepada beliau sewaktu kolej.

"mak aihhh.. mahal giler sewa apartment kat tempat ni..!!!, tak ada ke rumah sewa yang harga dalam RM 500 kat area sini..!!" kali ni dah tak berbisik.. dah mula menjerit dah..

Cari punya cari, beliau jumpa satu iklan Residensi Kerinchi rumah untuk disewa, RM 2,300.00/month.. "Waduhhh.. mahalnya.." bisik hati Fendi. Kemudian dia cari lagi dia jumpa lagi satu di Apartment Vista Angkasa RM 1,750.00 pulak..!! "ishh masih mahal ni biar betul.." Beliau cari lagi.. jumpa Vista angkasa paling murah RM 1,100.00 tu pun jenis studio satu bilik.. "mak aihhh.. mahal giler sewa apartment kat tempat ni..!!!, tak ada ke rumah sewa yang harga dalam RM 500 kat area sini..!!" kali ni dah tak berbisik.. dah mula menjerit dah.. Kalau sewa rumah sampai seribu macamana aku nak kumpul duit, nak hantar duit kat kampung nanti, nak bagi hadiah birthday kat girlfriend aku Aznita. Kemudian beliau nampak satu tab kat mudah tu, pada menu properties ada satu tab 'room for rent'. beliau pun click kat situ. Kat sini baru beliau jumpa harga harga yang sewaan sekitar RM 800, RM 550 sebilik, RM 330, RM 300 untuk bilik kongsi (kongsi-kongsi berdua dan bertiga pulak tu).


Kemudian beliau pun berfikir. "hmmm.. aku duduk sorang aje pun, nak sewa satu rumah pun memang tak berbaloi dan tak praktikal, kalau sewa rumah kosong aje pun dah seribu lebih, nanti nak kena beli pulak barang-barang asas untuk rumah tu kos tinggi, nak kongsi-kongsi sewa pun aku tak ada kenal sapa-sapa kat area situ. hmmmm.. bulan depan dah nak mula kerja ni.." fikir beliau sambil mengunyah pisang goreng panas yang mak beliau baru gorengkan sebentar tadi. Memang best makan goreng pisang sambil berfikir-fikir diwaktu petang. Setelah habis sepiring Fendi makan sorang-sorang goreng pisang tersebut, sampaikan Mak beliau terpaksa gorengkan lagi sekali goreng pisang untuk orang lain dalam rumah tu, Beliau pun buat keputusan untuk menyewa bilik berkongsi 2 orang yang harganya RM 330 sahaja.


Manalah tau dalam LRT tu nanti terjumpa jodohnya nanti.. bisik hati Fendi sambil tersengih sorang-sorang, sambil terlupa yang beliau ada girlfriend yang benama Aznita.

"Kenapa...??" tanya beliau sendiri sambil beliau sendiri yang menjawab kembali... "sebab, harga yang lebih murah, aku dah tak payah nak sibuk pikir belikan perabot, peti sejuk ataupun cerek, lokasi ke tempat kerja pun boleh dengan hanya berjalan kaki sahaja, ambil masa 12 minit, setelah di kaji daripada google map. LRT pun berdekatan, manalah tau nanti kalau-kalau kalau aku nak berjalan-jalan ke Pasar Seni atau berdating di KLCC. Kalau nak balik ke kampung pun boleh ke Terminal Bersepadu Selatan naik LRT Kelana Line dan tukar kepada Sri Petaling Line di Stesen Masjid Jamek. Manalah tau dalam LRT tu nanti terjumpa jodohnya nanti.." bisik hati Fendi sambil tersengih sorang-sorang, sambil terlupa yang beliau ada girlfriend yang benama Aznita di kampungnya.


"Yess Masalah kat mana nak tinggal dah selesai..." ujar Fendi sambil tersenyum..


Lebih kurang begitulah situasi, masalah yang dihadapi oleh penyewa serta penyelesaian yang ditawarkan oleh subletter untuk dipilih dan dipertimbangkan. Fendi dapat jimatkan duit sewa, dapat kumpulkan duit, dapat jimat kos pergi ke tempat kerja dan mudah juga untuk kemana-mana.



Kepada yang rasa-rasa berminat dengan business Sublet ni aku galakkan korang join Private FB group yang aku buat di sini. Khas ceritakan berkenaan maklumat-maklumat dan sharing mengenai hartanah yang mana aku tahu & fokus buat masa ini ialah berkenaan business Sublet. Moga bermanfaat lah ya..



5 Comments


Guest
Sep 05

rr88 com tối qua lúc đang ngồi chờ đồ ăn mình lướt thử cho đỡ chán, kiểu xem trang chủ họ trình bày ra sao chứ không có ý định đọc kỹ; mà lạ cái là vừa vào đã thấy cái tiêu đề “Trang Chủ Chính Thức 2026” nằm khá nổi, nhìn một phát biết mình đang ở đúng chỗ hay không, khỏi phải đoán mò như mấy trang hay giấu thông tin; mình cũng để ý họ nhắc chuyện thành lập năm 2018 đặt trụ sở ở Philippines ngay trong phần giới thiệu, viết ngắn gọn nên đọc xong cũng nắm được bối cảnh, không phải kéo mỏi tay; menu thì ở vị trí quen mắt nên nhảy qua…

Like

Guest
Aug 07

Trước giờ mình hay đánh theo lô khung vì thấy đỡ bị rối hơn so với việc rải nhiều số một lúc, nhưng lúc nào cũng phải tự nhắc mình giữ bình tĩnh để không bị cảm xúc dắt đi. Có thời gian mình thử Lô khung bạch thủ 3 ngày để kiểm tra xem có đều tay không, và thấy rằng nếu khung mình chọn khớp nhịp cầu thì tâm lý vững hơn hẳn, còn khi lệch nhịp thì dễ tụt mood nhanh. Từ đó mình tập thói quen ghi lại từng lần vào, xem mình hay hợp con nào, chứ nghe người này người kia truyền miệng nhiều khi càng thêm loạn. Cuối cùng vẫn là chuyện vốn:…

Like

Jerome Holan
Mar 31

materi fisika kelas 12 membantu siswa memahami materi penting seperti listrik statis, arus listrik, dan kemagnetan. Pembahasan dibuat jelas dan mudah dipahami.

Like

kevinmateri fisika kelas 12 me
Mar 31

materi fisika kelas 12 membantu siswa memahami materi penting seperti listrik statis, arus listrik, dan kemagnetan. Pembahasan dibuat jelas dan mudah dipahami.

Like

Emma Geller-Greene
Feb 26

Dengan sistem pembelajaran yang fleksibel dan mudah diikuti, UNICCM School menghadirkan pengalaman belajar yang terasa relevan. Integrasi penguatan karakter dan akademik diterapkan secara seimbang. Materi disampaikan dengan bahasa yang jelas dan tidak berbelit. Pendekatan ini membuat keputusan untuk mendaftar terasa semakin yakin.

Like

© 2020 by helmyizzudin.com

bottom of page