top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

GIGIL-GIGIL tangan anak muda ni keluarkan RM250..

Updated: Jul 23, 2020

13 Julai 2020 - Pagi tadi dalam jam 11 pagi ada seseorang nak masuk bilik sewa, biasanya memang salah sorang team yang uruskan tapi memandangkan dia tak dapat nak attend disebabkan hal yang tak dapat nak dielakkan maka akulah yang pergi attend untuk serahkan kunci.


"Aina, budak yang nak masuk ni patut datang jam 11 kan?" aku tanya pada salah sorang team aku kat dalam whatapp.. bukan apa, maklumlah aku ni konon-konon jenis punctual sebelum jam 11 aku dah sampai, ni jam dah pukul 11.31 handphone pun dah abis aku belek, facebook dah banyak aku scroll, main game pun asyik kalah je, orangnya yang dinanti masih belum sampai.


Ke aku yang tersilap tengok masa.. 11 pagi ke 11 malam (by the way, baru setengah jam tunggu dah nak gelabah kecoh betullah aku ni...). Then tepat jam 11:39 message masuk "En Helmy, budak tu dah sampai dia tengah cari blok J"... Alhamdulillah dah sampai.


Aku pun keluar kereta cari budak ni.. "laki ke pompuan aina?" aku bertanya di whatapp, "laki En Helmy" balas Aina, huh.. kalau pompuan boleh la jugak aku maafkan pasal lambat...



Dalam mencari tu aku terdengar bunyik orang tengah menarik beg trolleynya dari belakang aku dan menonong je jalan melepasi aku sambil kelihatan tercari-cari. Tengah cari blok J barangkali budak ni...


"ni Fazrol ke..?" aku bertanya.. (bukan nama sebenar)

"ya.." dia menjawab sambil menoleh, budaknya berumur dalam umur lingkungan awal 20-an, kulit sawo matang, kelihatan agak penat dan macam kelam kabut sikit... "jom kita ke bilik sewa.." kata aku tanpa berlengah masa..



Biasalah, dalam nak mengasah skill komunikasi ni memang kena banyak bertanya dan banyak berbual, aku pun tanya sikit-sikit dengan Fazrol ni.


"Fazrol daripada mana?",

"daripada Terengganu bang..", balasnya.

"Dapat kerja kat mana?", tanya aku lagi seumpama kepochi...

"dapat kerja kat Shah Alam bang, dekat Glenmarie", jawab Fazrol ringkas...

"owh pergi kerja nanti naik LRT ke nanti?"tanya aku lagi...

"Ehh.. tak bang nanti pakai motor.."

"ni baru dapat kerja ke..?"

"haah.. baru dapat kerja, bahagian IT..." sepatah aku tanya sepatah dijawabnya.. pemalu barangkali budak ni..

kemudian aku tanya lagi.. "memang sampai dari Terengganu pagi tadi ke?"

"haah bang.. sampai subuh pagi tadi.."


Owh patutlah.. mungkin dia kepenatan tu yang jawab sepatah-sepatah. Dari stesen bas ke tempat aku pun mungkin berbelas-belas stesen LRT nak dilalui sebelum sampai ke tempat bilik sewa ni. Tu tak termasuk lagi kalau dia terkial-kial nak check stesen mana yang betul kat dalam map, berdiri dalam LRT sambil pegang beg baju. Patutlah penat & susah nak estimate masa. Terasa bersalah pulak aku.



Mula-mula tadi aku sebenarnya ada rasa macam nak hangin jugak pasal budak ni lambat sampai, tapi lepas berbual-bual sayu pulak hati aku pikirkan anak muda ni bersusah payah datang nun dari jauh, sorang diri nak cari rezeki kat sini, dari gaya dia, mungkin jugak ni pekerjaan serius yang pertama untuk dia, gaji dah tentu tentu belum dapat lagi. Belanja dah kena keluar macam-macam, termasuklah duit nak bayar menyewa bilik ni.


Masa aku bawakan Fazrol ni ke rumah bilik sewa, aku jelaskan satu-satu, "ni tag untuk access masuk ke block, ni kunci mangga, ni kunci pintu bilik, kalau ada apa-apa boleh contact Puan Aina ya.."


"Puan Aina ada bagitau pembayaran Fazrol akan buat secara cash ya..?"

"Iya bang.. tapi dari jumlah keseluruhan saya buat bayaran separuh-separuh dahulu, balance tu bulan akan datang.." jawab Fazrol. ini memang kami fahamlah, memang kami benarkan bayaran secara ansuran, baru bekerja dan gaji pun belum dapat lagi.


"ok tak pe, nanti just refer dan update pada Puan Aina ehh.." balas aku.


Kemudian Fazrol pun mengeluarkan dompetnya yang agak lusuh tapi agak tebal aku tengok "wow berkepuk juga budak ni" bisik hati aku.. Ketika dia nak keluarkan wangnya aku lihat, owh tebal dengan kertas-kertas dan resit rupanya...


Aku perasan yang tangannya agak menggigil dan mengambil masa yang agak lama ketika nak keluarkan wang bayaran sebanyak RM250, entahkan sebab sejuk pasal keadaan hujan, entahkan sebab tangannya keletihan sebab angkat beg yang berat sepanjang perjalanan tadi atau mungkin juga sebab nilai RM250 tu terlalu besar untuk diri dia, mungkin sambil nak bayar tu dia fikirkan bagaimana dia nak survive sampai dapai gaji, mungkin juga duit tu duit yang keluarga dia bagi sebagai permulaan untuk bertapak dan mendapatkan pekerjaan, mungkin di sinilah bermula keazaman dan harapan besar untuk Fazrol ingin mendapatkan kejayaan dan membantu keluarga...


Allahu.. Tersayu pulak hati aku dalam kedinginan pagi tu. Dalam keadaan sekarang ni bukan mudah nak ada duit. Penyewa-penyewa aku yang lain pun banyak yang terjejas. ada yang kena berhenti kerja, ada yang kena cuti tanpa gaji, ada yang kompeni tutup dan sebagainya.


Terbisik kat dalam hati aku.. kalau aku boleh bagi ko duduk FREE memang aku dah bagi dik.. Tapi mintak maaflah dik memang tak dapat, penyewa lain ramai jugak yang dalam keadaan susah, lebih-lebih lagi selepas PKP ni memang tak berapa adil kalau aku bagi FREE kat ko sorang. Beberap ketika wang RM250 tu pun bertukar tangan. Aku ucapkan terima kasih dan dia hulurkan tangan bersalaman...

"All the best ya Fazrol untuk kerja baru tu.." aku ucapkan sebelum melangkah pergi. Aku doakan moga adik Fazrol bakal berjaya dalam kerja barunya nanti. InsyaAllah jika Fazrol kerja kuat, berikan komitmen dan dedikasi, ada ketabahan, ada kebertanggunjawaban, pasti boleh berjaya. Semoga juga adik Fazrol akan sentiasa dilapangkan rezeki dan dapat membantu keluarganya di Kuala Terengganu.


Aku dan team paham dengan keadaan sekarang, ramai yang terjejas dengan PKP Covid-19, kami juga memikirkan cara apa yang boleh membantu mereka yang terjejas, mereka yang kehilangan pekerjaan dan mereka yang baru ingin mula bertapak dengan kerja baru. Setelah dibincang dan dibrain-storm bersama kami cuba untuk membantu dengan memberikan sewaan bilik hanya RM150 shj untuk bulan pertama dengan deposit yang minimum, malah bagi yang betul-betul memerlukan kami tawarkan beberapa bentuk flexibility dalam pembayaran supaya dapat membantu mereka yang kehilangan pekerjaan sebelum ini ingin mencari dan memulakan semula pekerjaan. Harap dapat sikit-sikit membantu dan bermanfaat. Kalau korang rasa mungkin ada dikalangan kenalan korang yang baru nak dapatkan kerja dan nak cari bilik sewa sebelah LRT dengan deposit dan kadar berpatutan bolehlah hubungi kami di whatapp bawah ni:



Untuk makluman, Fazrol adalah salah seorang penyewa kami yang kami tawarkan pembayaran dan tawaran sedemikian, buat masa sekarang cara begitulah yang kami boleh cuba melibatkan diri dalam cuba mengurangkan beban mereka yang agak terjejas. Ada juga penyewa lain yang kami tawarkan pembayaran yang sama. Aku sahrekan salah satu pengalaman aku ni bukan pasal apa, pasal aku ni kadang-kadang asyik nak pandang ke atas je dalam melihat perbandingan lupa nak jenguk kat bawah. Lupa yang sebenarnya terlalu banyak untuk disyukurkan.



sekian... Adios

63 views0 comments
bottom of page