top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

Pasaran Hartanah Dijangka Terkawal Pasca Covid-19?

Ni berdasarkan rujukan daripada artikel Berita Harian Online 18 April 2020, keluar waktu PKP lah kiranya. Menurut Presiden Institut Ejen Harta Tanah Malaysia (MIEA), Lim Boon Ping, kadar penurunan dijangka akan berlaku sekitar 10%, boleh baca di sini. Dan berdasarkan rujukan daripada artikel Berita Harian Online 14 April 2020, Country Manager PropertyGuru mengatakan yang keadaan pasaran hartanah di Malaysia adalah terkawal sekalipun terdapat penurunan, memandangkan banyak langkah-langkah yang telah diambil sebelum ini, bolh dibaca di sini.



Berdasarkan informasi-informasi berkenaan pasaran hartanah ni kalau diperhatikan rata-ratanya mengatakan megalami penurunan harga. Apa pun naik atau turun harga hartanah ni kita boleh tengok kepada trend demand and supply. Demand banyak maka harga naik & kalau demand keseluruhan kurang maka harga hartanah akan mengalami penurunan. Ia berkait langsung dengan keadaan ekonomi semasa, employment rate, inflasi dan sebagainya.


Tumpuan masyarakat dalam masa PKP, COVID-19 ni pun lebih memfokuskan kepada keperluan asas dan kesihatan. Malah kalau ada transaksi yang nak dibuat pun ianya kebayakkan tertangguh akibat PKP. Hartanah Komersial berada dalam keadaan perit kerana kebanyakkan perniagaan tidak dapat beroperasi, tanggungan peniaga untuk overhead sewaan untuk tempoh 2-3 bulan pasti menekan, itu tak termasuk lagi dengan oevrhead bayaran gaji kepada pekerja. Impaknya kalau dilihat berangkaian.


Lanjutan daripada itu kalau kita tengok dalam skop yang lebih kecil iaitu pengusaha-pengusaha airbnb, homestay boleh dikatakan hampir ketiadaan pendapatan sepanjang tempoh PKP COVID-19. Untuk pengusaha sublet juga ada trend penutupan unit kerana ketiadaan penyewa dan ianya berlaku akibat daripada penutupan perniagaan, kontrak terhenti dan mengakibatkan penyewa hilang pekerjaan. Bila hilang pekerjaan mereka tidak dapat untuk membayar sewa rumah.


Berkemungkinan selepas ini kita akan nampak banyak poster-poster hartanah untuk disewa dan untuk dijual akan bergantungan di tempat-tempat komersial mahupun kediaman. Keadaannya kita supply lebih daripada demand. Apa implikasinya. Ia bukan good news untuk penjual dan penyewa, sebab mereka perlu menawarkan dengan harga yang lebih rendah. Peluang untuk memaksimakan keuntungan tu agak sukar, Tapi.... bila satu kerugian satu pihak, ada lah pulak pihak lain yang boleh buat untung. Keadaan mungkin membuka peluang untuk pihak lain. Kadar sewaan mungkin boleh dapat dengan kadar yang lebih murah selepas ini. Selain itu Ia membuka peluang kepada mereka yang mempunyai persediaan untuk pelaburan. So kalau korang ada persediaan mungkin inilah masa yang sesuai.

11 views0 comments
bottom of page