top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

4 sebab bisnes anda perlu gunakan CANVA, untuk grafik yang nampak macam PRO

Updated: Nov 11, 2020

Rasanya ramai kot yang dah tau pasal CANVA app ni, tapi aku saja share jugak buat tambah-tambah content blog aku dan buat rujukan bagi yang mungkin belum tahu lagi pasal CANVA ni. Aku share ni pasal aku rasa app ni sangat bermanfaat dan sangat membantu waktu aku nak buat poster ke posting yang memerlukan grafik yang menarik segera.




Sikit story pasal Canva

Company yang buat CANVA ni bermula pada tahun 2012, berasal dari Sidney Australia nama foundernya Melanie Perkins, Cliff Obrecht dan Cameron Adams. Pada tahun pertama Canva mempunyai lebih daripada 750k Pengguna. Kemudiannya pada tahun 2014, seorang pakar social media dan pakar teknologi, Guy Kawasaki turut serta dalam syarikat mereka. Pada tahun 2015 Canva for work dilancarkan untuk memudahkan perniagaan untuk menggunakan aplikasi mereka sebagai marketing material.


CANVA Founders

January 2018 Foundernya Melanie Perkins mengumumkan yang syarikat mereka berjaya mendapatkan 40 million USD daripada beberapa pemodal iaitu Sequoia Capital, Blackbird Ventures dan Felicis Ventures. Dan nilaian syarikat pada waktu itu ialah 1 billion. Pada Oktober 2019 Canva mengumumkan nilaian USD 3.2 Billion



Okeh cukupla tu serba ringkas cerita pasal syarikat Canva ni. Kita cerita pulak apa gunanya aplikasi CANVA ni.


Umumnya pengunaan CANVA ni amat sesuai untuk grafik sosial media (posting, FB & IG story dan sebagainya), poster, presentation dan lain-lain visual content. Tapi kalau nak gunakan untuk edit grafik seperti pengunaan photoshop tu ini bukanlah app yang sesuai. App CANVA adalah lebih mudah dan lebih ringkas. Tapi hasilnya masih cantik dan nampak pro.


Ok... kita proceed kepada 4 sebab kenapa bisnes korang kena gunakan CANVA ni.


4 sebab utama korang perlu gunakan CANVA



1. Ianya PERCUMA

Biasala... aku ni kan suka explore benda-benda percuma ni... ha..ha.. Untuk korang yang belum pernah tau pasal CANVA ni ianya ialah percuma, banyak grafik-grafik yang menarik yang korang boleh dapat melalui CANVA dan nampak profesional pulak tu. FREE je untuk try korang boleh download daripada link ni. boleh guna untuk PC, laptop mahupun mobile phone. sambil tunggu bas boleh buat design, sambil tunggu client boleh buat design. App ni ada version berbayar, tapi pada aku yang memang Free version pun dan macam-macam boleh buat dan memang percuma. Kebanyakan graphic yang aku buat memang guna CANVA walaupun aku reti guna photoshop ngan adobe illustrator. Sebab memang senang nak buat & guna phone aje pun hasilnya agak baik dan mengancam.

Sangat mudah untuk grafik social media

2. Banyak sangat template & features

Ok aku rasa korang dengan social media memang tak boleh dipisahkan kan..? CANVA ni memang sangat sesuai untuk grafik sosial media. Untuk makluman korang canva ni ada banyak sangat template yang samat berguna untuk korang gunakan dalam pengunaan sosial media korang. Daripada template untuk Instagram, Facebook, IG story, Pinterest, YouTube Thumbnail, hinggalah ke resume, logo, poster, pamphlet dan sebagainya. Banyak pilihan template yang available. Korang layanlah sampai lebam.


Sambil tunggu kenderaan awam pun boleh edit

3. Sangat senang nak guna.

CANVA ni sangat senang nak digunakan, boleh pilih font yang sesuai, mudah nak tukar gambar, mudah nak adjust graphic yang ada dan banyak juga gambar-gambar yang cantik yang diberikan percuma. Boleh digunakan di PC, laptop mahupun melalui telefon pintar korang. Hasilnya masih cantik dan menarik walaupun dengan hanya menggunakan phone. Kalau tengah lapang boleh capai phone dan design grafik dengan segera. Memang tak susah nak guna.

4. Hasil yang nampak PRO.

Bagi orang yang ada background designer biasanya diorang suka design sesuatu tu from scratch, tapi bagi yang bukan designer macam aku ni aku lebih suka ambil jalan yang lebih simple, ambil contoh yang nampak pro dan gunakan contoh tu sebagai rujukan. Untuk Canva ni bagi aku hampir kesemua template yang diberikan adalah nampak Pro dan banyak pilihan. Kalau setakat nak buat poster di IG Story atau FB posting memang sangat mudah. Masukkan gambar dan ubah suai perkataan dan sebagainya. Korang nak nengok contoh-contoh yang aku buat untuk IG boleh jenguk kat sini. (Tapi lama dah tak update, tak berapa nak sempat... ha..ha..ha..)


So sekian 4 sebab kenapa korang kena gunakan canva ni dan kenapa canva ni best sangat. Aku nak cerita panjang-panjang pun kalau korang tak try guna pun tak kemana jugak. Aku pun takde la nak tunjuk macamana nak gunakan CANVA ni. Sekadar share app yang aku guna untuk buat posting, poster dan graphic yang berkaitan. So kalau korang nak try boleh clik ke link bawah ni.. Don't worry percuma je.. All the best ya moga bermanfaat.

Adios..


629 views0 comments
bottom of page