Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

5 kelebihan PERCUMA yang korang akan dapat bila gunakan Google My Business - Sharing dari Bro Huzai

Updated: Dec 11, 2020

Hari ni aku nak sharekan sikit perkongsian daripada salah sorang member aku dari Duoz Technology Sdn Bhd, company yang bantu buat website dan mobile apps untuk business. Brother Huzaifah, Perkongsian kali ni tentang kepentingan Google My Business untuk perniagaan dan bagaimana ia boleh membantu business yang korang jalankan.


Ok, sebelum kita terus pergi kepada 5 kelebihan tu, bagi aku story sikit kenapa aku rasa perkara ni penting, ni aku coretkan sikit pengalaman aku ber-Google. Dulu-dulu. dalam 4-5 tahun lepas, kalau aku taip nama business di Google, aku memang tak jumpa dan tak keluar pun kat page Google, apatah lagi nak keluar kat page pertama. Kalau taip produk atau servis yang offer pun lagi lah tak keluar, yang keluar ialah nama-nama dari syarikat lain. Ada beberapa caralah untuk website syarikat kita terpapar di muka pertama, salah satu cara ialah dengan menggunakan google ads, dan cara ini yang aku gunakan sebelum ni dan cara ni pulak kena berbayar.


Tiba-tiba, pada satu hari... Huzai ada sharekan kat FB dan dia bagitau perlu untuk business register di Google My Business dan ianya pun PERCUMA je. Aku pun try register gunakan Google My Business, dan WOW.. website aku lepas register tu lebih mudah nak terpapar di Google search result. Ianya amat memudahkan untuk visibility website business aku di dalam Google. Siap boleh dimasukkan pelbagai maklumat penting seperti map, working Hour, review dan sebagainya. memang sangat bermanfaat.


Baru-baru ni aku ada hubungi Huzaifah nak mintak dia kongsikan serba sedikit pasal kelebihan Google My Business ni, pasal dia pun memang dalam bidang ni, so bawah ni perkongsian bro Huzai tentang Google My Business.


Apa itu google my business.

Secara umum Google My Business ni ialah tool untuk kita as business or organization nak manage online presence di Google.


Contoh rupa Google My Business

bila kita taip The Gifts Dept di Google maka keluarkan maklumat company aku kat belah kanan tu. Kalau dulu-dulu memang tak jumpa.

Bila taip "The Gifts Dept" jumpa company aku

Setiap hari berapa billion orang search kat google. Bayangkan kalau setiap search customer buat yang berkaitan dengan product dan service kita, tapi malangnya maklumat kita tak keluar di Google. Sayang sekali. Mungkin salah seorang yang tengah search tu memang perlukan produk atau servis yang kita tawarkan dan mungkin juga bernilai puluhan ribu ringgit. Tapi tak jumpa pulak syarikat kita di Google... Sayang... kita hilang peluang kat situ hanya disebabkan mereka tak jumpa maklumat syarikat kita.


Kalau boleh biarlah bila mereka search di Google, mereka akan jumpa business kita. Ia dapat bantu meninggikan peluang untuk kita offer produk atau servis kita kepada mereka. Kalau pun mereka yang cari di Google tak kenal dengan nama syarikat kita, tapi kalau boleh bila mereka cari produk atau servis yang berkaitan, maklumat business kita terpampang depan mata mereka

Bila taip "Promotional Gifts Subang" pun jumpa company aku

contoh nya:

  • Bila orang search" kedai makan sedap johor', dapat jumpa kedai makan kita.

  • Orang search 'payroll outsourcing petaling jaya', jumpa company kita sebagai salah satu company yang listed dekat google.

  • Orang search 'western food kajang', jumpa kedai kita yang jual makanan western.



5 Manfaat guna google my business


1. Kelebihan dalam Online presence:

Ia dapat bantu online presence untuk business korang, bila orang cari di Google tentang business kita atau produk kita, ia dapat memudahkan orang untuk jumpa maklumat business kita berbanding mereka yang mempunyai business yang sama tapi tidak menggunakan Google My Business.