top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

5 Movie Inspirasi Untuk Usahawan

Updated: Apr 26, 2020

Sapa minat tengok movie? Usahawan bukan setakat kerja nak cari business dan cari duit je ha..ha..ha.. ni aku sharekan cerita-cerita yang aku rasa very inspirational especially untuk usahawan-usahawan. Yang nombor 5 tu aku letak yang aku rasa paling best dan rare


1. Moneyball

Baseball ni memang bukanlah salah satu sport orang Malaysia. Tapi dalam cerita ni bukanlah berkenaan dengan game baseball sangat, ia lebih kepada analisis terhadap gabungan pemain dan strategi walapun dalam keadaan kewangan yang sangat tight. Kebiasaanya untuk mempunyai team yang kuat memerlukan pemain-pemain yang bagus dan mahal. Tapi dalam cerita ini yang mana ianya berdasarkan kisah benar team Oakland A's pada tahun 2002, Billy Beane, General Manager team tu cuba menggunakan pendekatan berbeza untuk kekuatan pemain. Beliau mengunakan statistic. Untuk sebuah team yang asalnya tidak kuat da tidak berduit Billy Beane berjaya membawa pasukannya hingga berjaya. Bagi yang belum tengok tu aku cadangkan sila tonton. Aku nak cerita banyak-banyak dalam ni kang spoil pulak. Tapi memang bagus cerita ni kalau nak tengok buat inspirasi. Ada masanya kita mengambil langkah yang berbeza dari orang lain tapi dengan determination akhirnya membawa kejayaan juga.



2. The Pursuit of Happyness

Cerita ni rasanya ramai yang tau, memang agak popular. Juga berdasarkan kisah benar mengenai Chris Gardner, lakonan Will Smith yang asalnya bekerja sebagai salesman mesin scanner density tulang. Banyak cabaran yang dilalui daripada berpisah dengan isteri dan menjaga anaknya sendirian sehingga menjadi homeless. Hingga pada satu hari dia bercadang untuk menjadi stockbroker intern dan tanpa gaji. Berbagai cabaran yang dia tempuh dalam tempoh tersebut, tapi dengan kepayahan yang dilalui dia dia belajar untuk berkeja dengan lebih baik dan lebih efficeint. Dengan determination yang luar biasa akhirnya Chris Gardner diterima sebagai stockbroker sepenuh masa. Dan akhirnya berjaya membuka multimillion-dollar brokerage firmnya sendiri. Penuh perasaan dan air mata sikit la cerita ni. Tapi ini antara cerita yang paling pupular sebagai inspirasi.



3. October Sky

Cerita ni cerita lama dan jarang sangat didengari tapi serius, memang cerita ni bagus dan sangat inspiring. Lakonan Jake Gyllenhaal, masa dia muda-muda dahulu. Cerita berdasarkan kisah benar tahun 1957, dimana dunia masih baru dalam bidang ekplorasi angkasa dan semua orang excited dengan teknologi angkasa. Cerita mengisahkan keluarga yang mencari nafkah dengan menjadi pelombing arang batu. Homer Hickham anak kepada pelombong tersebut sangat teruja dengan roket dan kerap membuat beberapa ujikaji roket sendiri bersama beberapa orang rakannya. Walaubagaimanapun bapanya amat tidak bersetuju dan menganggap tindakan anaknya itu hanya membuang masa. Bapanya mengharapkan anaknya agar bekerja sebagai pelombong dan menambahkan pendapatan keluarga. Homer yang berada dalam dilema bagaimanapun cuba meneruskan minat dan cita-citanya. Macamana akhirnya dan apa jadi dengan Homer saya rasa baik korang tengok je cerita ni dulu. Serius best



4. The Internship

Cerita ni keluar pada tahun 2013, ni bukan berdasarkan kisah benar, cerita yang agak kelakar, tapi pada aku memberikan inspirasi yang baik dan aku boleh relate la dengan keadaan semasa. Yang berlakon Owen Wilson & Vince Vaughn. Rasanya ramai yang tau kot pasal cerita ni. Cerita pasal 2 orang yang ada background tradional salesmena Nick & Billy nak apply kerja di Google yang mana kebanyakkan pemohon adalan orang-orang muda, mempunyai banyak idea dan energetic, dan Nick & Billy kena bersaing dengan orang lain yang jauh lebih muda. Disamping lawak banyak juga yang boleh dipelajari dari kisah ini especially berkenaan generation gap punya isu. Dari segi lain pula sebenarnya anta point yang nak disampaikan ialah kepentingan untuk menghormati dan menghargai pengalaman dan pengethuan orang lain. Tak semestinya bila kita mempunyai pengetahuan baru maka ia menjadikan pegetahuan yang lama jadi tidak relevan. Cerita ini menyampaikan mesej tersebut dengan cara yang santai dan humor. Amat sesuai untuk ditonton.



5. Spare Parts

Pada aku cerita ni yang paling legend la.. Yang ni berdasarkan kisah benar. Cerita pasal budak-budak latin di sekolah yang mana mereka tidak diharapkan untuk masa depan yang cerah malah guru baru yang masuk ke sekolah itu pun ada masalahnya sendiri. Walau bagaimanapun ada seorang yang mengetahui tentang satu pertandingan underwater robot dan berminat untuk masuk bertanding. Dia pun approach guru yang baru sahaja masuk ke sekolah mereka dan mencadangkan hasrat. Guru baru tersebut incharge untuk engineering Club. Pada awalnya guru tersebut skeptikal dengan hasrat pelajar tersebut memandangkan pertandingan Marine Robotic tu disertai oleh banyak sekolah dan pusat pengajian yang berprestij. Dalam mengumpulkan beberapa orang untuk projek tersebut mereka menhadapi pelbagai cabaran daripada sikap setiap ahli kumpulan yang pelbagai ragam, ada yang dikehendaki pihak berkuasa kerana masalah imigrant, masalah keluarga dan lain-lain di samping itu juga mereka menghadapi masalah kewangan untuk menjayakan projek, yang mana akhirnya mereka terpaksa menggunakan barangan yang murah dan sangat berjimat cermat. Movi ni aku yakin ramai tak tengok lagi. Jadi pada yang terbaca artikel ni sila lah cari movie tersebut dan tonton ya..


Nahh... sekian 5 best movie yang aku sangat-sangat rekomen untuk korang tengok sebagai entrepreneur. Banyak yang boleh kita belajar dari situ.

126 views0 comments
bottom of page