top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY
Writer's pictureHelmy Izzudin

Dari atas katil pun boleh issue invoice, aku kongsikan FREE Accounting Software & mudah guna utk SME

Updated: Jul 13, 2020

Article kali ni aku buat khas untuk entrepreneurs yang masih buat invoice/resit secara manual. Aku pun macam korang jugakla, nak invest kat accounting sistem rasa macam business tak berapa besar sangat, tapi bila buat invoice secara manual rekod kelam kabut pulak.. nak kata kedekut nak spent duit on proper rekod sistem, memang sapa pun tak nak mengaku la kan ha..ha.. so, untuk small business, aku nak sharekan satu app yang bantu untuk korang buat proper rekod especially untuk invoicing. Memang sangat mudah nak guna dan mudah nak issue invoice kepada customer, dan ada proper rekod sistem untuk setiap sales yang kita buat. Boleh buat guna phone je pun.


nak kata kedekut nak spent duit on proper rekod sistem, memang sapa pun tak nak mengaku la kan ha..ha..

Ehh.. sangat penting ya proper rekod tu nak dibuat, walaupun untuk small business. Penting untuk korang tau keadaan semsa sama ada korang buat profit ke idok, untuk memudahkan audit, pembayaran cukai dan untuk bank tahu tahap kesihatan company korang, especially kalau nak buat loan dan sebagainya.


Software yang aku maksudkan tu ialah WaveApps. Pernah dengar? aku rasa ia agak popular jugak la. tapi aku sharekan pasal sejak aku gunakan Software ni, banyak kerja melibatkan accounting ni lebih mudah nak diuruskan. Jadi mungkin kot ada antara korang yang masih lagi guna cara manual, dan tak berapa berani nak spent sangat untuk software yang mahal, maybe boleh consider WaveApps ni. Kalau korang nak try jenguk boleh try and register di sini. FREE je accounting software ni pun.


Kita bukan mudah nak dapatkan staff yang cakap nak uruskan accounting & documentation penting. Almaklumlah company nak membesar ambil masa..

Aku rasa aku agak paham masalah-masalah yang korang alami berkenaan nak buat proper accounting, ada orang bukan jenis bagus dalam nak simpan proper rekod & documentation, especially yang jenis small business & solopreneur. Fokus kita lebih kepada nak cari sales, build repo dengan client, buat marketing dan sebagainya. Kita bukan mudah nak dapatkan staff yang pandai nak uruskan accounting & dokumentation penting. Almaklumlah company nak membesar ambil masa, kadang-kaang baru rasa nak membesar mengecil balik, nak hire pekerja cekap mahal pulak, dan overhead & cashflow pun nak kena jaga kan? Lebih-lebih lagi pada waktu sekarang ni.


Sebelum ni untuk untuk documentation dan rekod aku buat secara manual, baik dari segi invoice, purchase order, rekod invoice daripada supplier dan sebagainya, memang agak payah.. pakai excel, tak buat cloud sharing pulak tu, so setiap kali nak keluar invoice memang kena mintak staff kat opis buatkan. Kalau staff cuti dah aku pulak kena ke opis buat sendiri. Sangat tidak efficient, agak lambat dan kalau nak dapatkan report pun agak ambil masa. Sampailah aku jumpa dengan satu accounting software ni. WaveApp.



Bila dah explore dan cuba aku dapati banyak kelebihan yang ada dan dapat lebih mengefficientkan kerja-kerja melibatkan accounting ni. Aku tak nak elaborate panjang sebab kalau korang nak faham adalah lebih baik cuba dan explore sendiri. Kalau aku cerita panjang lebar pun belum tentu korang dapat gambaran jelas. So aku ceritakan dalam bentuk point.


Antara 7 Kelemahan rekod secara manual:

  1. Rekod invoice secara tak proper

  2. kena bukak computer atau laptop setiap kali nak buat

  3. Ada masanya nombor invoice dan lain-lain tak tally

  4. Nilai total sales, purchase dan sebagainya tak auto calculated

  5. Nak generate graf dan monthly summary pun kena buat manual

  6. Rekod bersepah

  7. Lambat

14 Kelebihan gunakan WAVEAPPS:

  1. Mudah nak guna,

  2. FREE, FREE dan FREE ha..ha..ha..

  3. Boleh produce PDF

  4. Kerja buat boleh guna phone sahaja

  5. Bole guna App & website

  6. Dokumen seperti invoice dan quotation yang dibuat agak cun dan nampak professional

  7. setiap kali issue invoice sahaja rekod sales akan automatically dibuat.

  8. setiap kali key-in new client atau new produk sistem akan simpan database rekod.

  9. Boleh rekod Sales, Purchase, payment dan sebagainya dengan lebih details

  10. Boleh tengok keseluruhan sales automatically anytime.

  11. Boleh generate graf & summary monthly terus

  12. Terus boleh nampak berapa sales & purchases every month

  13. Rekod lambat bayar dari customer lebih mudah nak disemak

  14. Mudah nak sediakan documentation untuk tujuan accounting & audit

  15. Boleh snap & rekod gambar receipt/invoice daripada supplier

3 Kelemahan WaveApps:

  1. Tak boleh nak buat Purchase Order

  2. Tak boleh nak buat delivery Order

  3. Kalau nak masukkan tandatangan kena adjust melalui pdf.

(tapi semua kelemahan atas ni tak berapa relevan sangat untuk accounting purpose sebenarnya, lebih kepada untuk rekod kerja)


So kalau korang masih belum gunakan apa-apa accounting sistem lagi, dan masih buat rekod manual, (dan agak kedekut kalau nak spent duit beli sistem) aku suka nak cadangkan kat korang untuk test explore dan guna WaveApp ni, lebih proper, agak user friendly dan mudah. (Totally FREE pulak tu ha..ha..suka..suka..) Sekian sharing aku yang ringkas untuk kali ni.


moga bermanfaat, terima kasih, adios...


869 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page