Lama dah sebenarnya aku pikir nak kongsikan pasal perkara ni, tapi pasal rasa serba salah dan segan tu agak menebal so aku simpan ajelah dulu cerita ni dalam stor, al-maklumlah aku ni kan pemalu (konon) dan kengkadang over-thinking, risaukan pelbagai implikasi & persepsi yang mungkin bakal timbul kalau aku kongsikan pengalaman yang secubit ni. Tapi pasal kali ni kegatalan 'jari jemari' aku aku menaip lebih kuat daripada rasa risau, aku maka 'jari jemari' aku pun celotehkan serba sedikit secubit pengalaman salah satu business aku ni.
Sebelum aku sharekan ni aku just nak bagitaulah ya.. aku sharekan ni bukanlah pasal business aku ni besar ke.. ataupun aku dah terlalu berjaya ke.. bukan ya.. kalau nak dibandingkan dengan yang orang lain memang nun sayuuuuupppppp nak kejar diorang punya sukses. Tapi aku sharekan ni pasal aku rasa business aku ni masih kecil tapi masih boleh survive dan ada beberapa element penyelamat yang mungkin dapat dikongsikan dengan korang.
Awal-awal berbusiness
Business awal yang aku buat ialah trading, supply office furniture, office equipment, promotional gifts, bags, corporate gifts dan sebagainya, itu je pun yang aku nampak masa awal-awal berbusiness. Dapatkan sumber dan supplier, deal dengan customers dan supply. Buat job supply untuk projek government, universiti, GLC, bank dan lain-lain, customer base juga alhamdulillah, masa muda-muda dan bermisai dulu rajin main redah dan bila selalu berjumpa dengan customer, mula kenal, kita start atend job kecik-kecik sebaik mungkin dulu, Alhamdulillah lama-kelamaan job-job yang lainmula masuk.
*p/s: maafkanlah gamba poyo aku tengah pegang cek tu, gambar lama, ni masa agak awal-awal buat business, amount tak besar pun tapi excited lebih. Tujuan gambar hanya untuk simpanan peribadi tapi aku terjumpa semalam masa belek gambar lama. So aku tumpang letak sini lah ya.
Walaupun kengkadang job yang dapat tu pada aku agak besar tapi ia bukanlah selalu aku dapat. Agak kurang konsistensi. Kalau bulan ni dapat sales besar pun kita tak tahu bulan depan dan bulan-bulan akan datang sales yang sama besar akan masuk atau tidak. Walaupun tak konsisten tapi Alhamdulillah, sales masih masuk. Nak settlekan job business trading ni insyaAllah tidaklah begitu sukar, tapi cabarannya ialah pada nak dapatkan project. kita tak tahu next month atau next three month kita akan ada project atau tidak. Business trading ni dah agak lama buat dan masih lagi diteruskan sehingga sekarang. Persoalannya, kalau time 'kemarau' (time tak de job) untuk tempoh panjang...? Nak buat gapo? Nak buat guane?
Kalau bulan ni dapat sales besar pun kita tak tahu bulan depan dan bulan-bulan akan datang ada sales akan masuk atau tidak.
Observe business orang lain
Aku pernah cerita tentang apa yang aku perhatikan daripada business orang lain, aku ada kongsikan berkenaan 2 elements yang ada pada business salah seorang rakan perniagaan yang aku kenal Kak Aina dalam salah satu posting aku. Artikel tu korang boleh baca kat sini.
Dalam nak mencari business yang boleh bantu dari segi konsistesi dan growth stability aku mula kaji beberapa jenis business yang mungkin bersesuaian. Business yang jenis generate consistent revenue ni bagi aku kena ada perkara-perkara berikut:
Mempunyai tempoh contract
Kebanyakannya bersifat service
Menerima bayaran secara recurring (bulanan/tahunan)
so aku pun pikiorla apa jenis business yang sesuai untuk aku setup yang ada element consistensi & growth stability ni... meh sini aku listkan sikit business yang aku rasa mungkin boleh dibuat dan dapat income secara consistent.
Accounting/audit service
Company secretary
HR outsourcing service
Cleaning/maintenance service (contract)
Property Rental
Sewaan kenderaan (contract)
Sublet
Security service
Dobi berkontrak
Education (private college, uni)
Tadika private
Building management company
Software Subscription service
Telco Service
Advertising space
highway with toll
dan banyak lagi
mungkin ada lagi yang lain-lain tapi list ni ialah apa yang aku dapat fikirkan lah
Aku pilih SUBLET
Ni antara business yang boleh generate income yang consistent la.. tapi bukan semua kategori business ni yang aku boleh buat. sebab sesetengahnya memerlukan kepakaran dan certification tertentu.. so.. yang paling boleh aku laksanakan dan aku agak berminat ialah business SUBLET. Apa itu business SUBLET?? Aku ceritakan panjang lebar kat salah satu artikel aku siap dengan contoh sekali dan korang boleh baca kat sini.
Alhamdulillah.. bermula dengan satu bijik rumah untuk dibuat sublet pada tahun 2017 kini dah ada beberapa ketul rumah yang kami manage untuk Sublet. Rezeki yang ada pun Allah beri peluang untuk dikongsikan bersama dengan beberapa team. Manfaat juga dapat diberikan kepada penyewa yang bekerja dan memerlukan bilik sewa. Memanglah ada cabarannya tapi lebih-lebih lagi waktu PKP Covid-19.. tapi so far Alhamdulillah dapat diuruskan dengan baik oleh team yang dedicated.
Kenapa business SUBLET?
Sebab business sublet ni agak boleh relate lah dengan aku punya interest dengan property. Berdasarkan pengalaman, kalau kita beli rumah dan dapat sewakan, kita dapat pendapatan dalam bentuk sewaan bulanan dan ia boleh dikira konsisten. Tapi dalam kapasiti aku ni, agak-agak berapa terer aku ni untuk beli banyak-banyak property, tambahan pula untuk membeli rumah ke-3 (bawah 600K) dan seterusnya kelayakan pinjaman hanya 70%. Jadi option yang ada ialah SUBLET. Walaupun Business Sublet ni bagi sesetengah orang bukanlah business yang besar tapi bagi aku business ni sangat membantu aku dalam mendapatkan revenue yang konsisten. Aku suka elemen konsistensi ni. Mudah untuk merancang dan mudah untuk kita buat projection untuk akan datang.
Walaupun Business Sublet ni bagi sesetengah orang bukanlah business yang besar tapi bagi aku business ni sangat membantu aku dalam mendapatkan revenue yang konsisten
Apa kelebihan business SUBLET?
Agak mudah untuk di set-up
Revenue yang agak konsisten
Business yang memenuhi keperluan asas (tempat tinggal)
Ni serba sedikitlah sharing aku buat masa ni.. Just kongsi daripada pengalaman aku sendiri je.. Tak pastilah pulak kalau apa yang aku cerita ni dapat bagi manfaat pada korang yang baca. Expert tu memang aku taklah, ramai je orang-orang yang power kat luar sana yang buat business ni. Tapi bila dah buat sendiri, aku nampaklah kelebihan dan cabaran yang ada dengan business ni. Akan datang nanti aku sharekan lagi berkenaan business sublet yang aku buat ni dengan lebih lanjut. Ohh ya.. Kalau korang masih tertanya-tanya lagi apa itu business sublet? boleh pergi ke post aku pasal sublet kat sini.
Semoga bermanfaat ya.. Adios..
Comments