top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

Case Study: 8 Intipadu Penting Guane Lebih 6 Tan Sambal Pecal Aqilah Berjaya Dijual Ramadan Baru ni

Updated: Jun 23, 2020

Kisah Aqilah dan sambal pecalnya aku rasa memang sepatutnya lah aku kongsikan untuk bacaan dan mungkin ada banyak perkara yang kita sama-sama boleh ambil untuk belajar. Bukan sekadar sambal pecalnya sedap malah tuan punya jenama juga sangat ramah dan manis dengan senyum. Lagipun ada cerita yang hangat baru keluar dari oven yang maybe bagus & bermanfaat untuk aku kongsi.


Aqilah (Dalam Bulatan) Owner kepada Sambal Pecal Aqilah JM (aku yang baju merah tu ya.. ha..ha..)

*Photo cantik ni credit to the Photographer, Mr Hafiz Ismail


Aku percaya bukan mudah untuk menjual sambal pecal, tapi untuk pengetahuan korang Alhamdullillah waktu ramadan lepas Aqilah berjaya produce & jual sehingga 6 Tan Sambal pecal berjenama Aqilah. Hebatkan sambal pecal tu..?? 6 tan tu sama dengan 6,000 kilogram, sama dengan berat dengan 2 bijik lori 3 tan tan tauu...


Dalam kebanyakkan business-business lain tengah pening-pening lalat, tengah mendung tak berirama, tengah berarak mendung kelabu dan sebagainya business sambal pecal Aqilah berjaya memecah kebuntuan dan mencapai jualan 6 Tan...!! mungkin ada yang kata alahh.. dekat-dekat musim Raya memanglah jualan macam tu.. pada aku itu terpulanglah apo yang nak dikato, pasal banyak bezanya orang yang berkata sesuatu dengan orang yang melakukan sesuatu. Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut check out instagram Sambal pecal Aqilah JM disini atau boleh check kat Facebook dia kat sini. Atau nak try join jadik ajen boleh whatapp sini



Jadi memandangkan aku ni suka observe, korek & belajar daripada pengalaman orang lain maka aku pun merisik-risik apa yang boleh membuatkan Sambal Pecal Aqilah berjaya mencapai 6 tan untuk Ramdan tahun ni. Jadi berdasarkan komunikasi aku ngan Cik Aqilah kita yang power ni aku boleh rumuskan kepada 8 inti padu utama yang ada pada business Sambal Pecal Aqilah, yang membuatkan dia boleh cecah lebih 6 tan jualan:


1. Berpeluang untuk muhasabah diri & business waktu PKP

Cik Aqilah kongsikan yang pada awal PKP tu 2 minggu pertama dia ambil kesempatan dan gunakan untuk muhasabah balik diri sendiri dan business dia. Dia meninjau kembali kenapa buat business, kenapa dia tak cari kerja kat K.L selepas habis pengajian, kenapa dia stay kat kampungnya di Sabak Bernam dan buat business. Dan kat situ Aqilah dapat betulkan semula niatnya dalam buat business. Dia tahu Allah bagi kelebihan dan dia percaya yang kelebihan yang dia ada tu bukanlah sekadar untuk manfaat diri sendiri. Tapi boleh dimanfaatkan untuk orang lain. Dalam ruang yang ada ni dia susun semula dan strategize apa yang boleh dibuat dalam nak berkongsi manfaat dengan orang lain.



2. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk berkongsi manfaat & rezeki dengan orang lain.

Memandangkan Aqilah ada pengetahuan dalam business dan berkebolehan membuat Sambal Pecal resepi special dari ibunya, dia dapat melihat yang business Sambal Pecal Aqilah ni bukan sekadar untuk mencari duit dan huntong, malah lebih dari itu dengan bergeraknya business ni ia boleh bagi manfaat kepada banyak pihak. Dia menguatkan lagi semangat untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan pihak-pihak yang terlibat, antara manfaat-manfaat yang dapat dikongsikan ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang-orang dikampungnya, di Sabak Bernam, pihak supplier bahan-bahan mentah juga dapat generate pendapatan. Aqilah juga membuka ruang dan peluang kepada agent-agent di merata tempat untuk menjana pendapatan. Dan kali ni Aqilah juga cuba menggunakan medium baru online seperti Shoppee.


3. Menganggap ejen sebagai partner business Sambal Pecal Aqilah JM

Aqilah menjalankan business Sambal Pecal ni menggunakan konsep agent, Aqilah akan bekerjasama dengan agent-agentnya untuk meningkatkan jualan dari semasa ke semasa. . tapi, yang lagi best Aqilah tak anggap agent sebagai agent, dia anggap agent yang dia ada adalah sebagai business partner. Bila cara melayan agent serupa melayan business partner maka lagilah rapat dan bersemangat masing-masing dalam menggerakkan busines. Malah agent akan lebih jelas tentang apa yang nak dicapai dan lebih memberikan komitmen untuk menjual produk Sambal Pecal Aqilah JM ni.


4. Biar tak banyak ejen, tapi PADU..

Aqilah bukanlah aggressive dalam mencari agent sepertimana pemilik produk-produk lain dipasaran, mungkin kerana nature of produk yang diberikan adalah berbeza. Dan apa yang Aqilah pentingkan ialah kualiti setiap agent bukan pada kuantiti. Biar agent tak ramai tapi masing-masing aktif, kuat dan padu. Bila agent yang padu ni bersemangat dan bersama-sama ingin melakukan yang terbaik, maka lebih banyaklah sales yang boleh dibuat. Kalau ramai agent pun tapi sales terlalu kurang pun tak dapat nak meet the purpose.



5. Membina teamwork dikalangan ejen

Teamwork ni bukan sesuatu yang senang untuk di bina, kebiasaannya leader yang kena initiate teamwork. Lebih banyak faedah yang akan diperolehi sekiranya mereka yang terlibat bergerak sebagai satu team berbanding dengan bergerak tanpa kerjasama.


"Siapa nak pergi jauh bersama-sama Sambal Pecal Aqilah ni, memang diorang kena bersatu dan bekerjasama antara diorang..." ini antara ayat yang Aqilah kata.


Aqilah pupuk untuk sentiasa bekerjasama sehinggakan ada dikalangan ejen yang boleh dengan senang hatinya merefferkan customer kepada ejen lain

Untuk setiap agent-agent sambal pecal ni, Aqilah pupuk untuk sentiasa bekerjasama sehinggakan ada dikalangan agent yang boleh dengan senang hatinya mereffer-kan customer kepada agent lain, walaupun mungkin disebabkan oleh faktor masa dan kawasan agent, tetapi apa yang dibuat ini adalah gambaran mereka boleh bekerjasama dan dan bukanlah tamak sales untuk diri masing-masing. Kerana mereka paham dan yakin ada masanya rezeki tu ada masanya Allah sampaikan kepada kita melalui orang lain dan bergitu juga dengan rezeki orang lain, ada masanya Allah sampaikan melalui kita. Dan bila kita sebaiknya cuba dengan ikhlas, insyaAllah akan digandakan lagi rezeki tersebut. Disamping tu bila mereka buat macam ni antara faedah yang dapat ialah:

  1. Customer dapat order mereka dengan cepat

  2. Mereka dapat kenal dan jalinkan kepercayaan sesama agent

  3. Agent lain juga akan bersemangat untuk bantu-membantu dimasa mendatang


6. FIRST Class customer service


Walaupun hanya menjual Sambal Pecal tapi bab service mereka komited untuk berikan tahap 5 bintang dan professional. Kalau bab customer servis Aqilah memang bertegas sebab ia melibatkan imej business mereka bersama.

Bila Teamwork dikalangan agent dah bagus, bila mereka dah paham tentang pentingnya bekerjasama adalah lebih mudah untuk Aqilah terapkan tentang pentingnya menjaga customer service. Itu ialah antara perkara yang paling Aqilah tekankan sekali. Walaupun hanya menjual Sambal Pecal tapi bab service mereka komited utnuk berikan tahap 5 bintang dan professional. Kalau bab customer servis Aqilah memang bertegas sebab ia melibatkan imej business mereka bersama.


Antara order daripada pihak partner(ejen)

7. Jaga baik team production

Itu bab jaga teamwork dikalangan agent, Aqilah juga kena jaga baik team production tau... sebab kalau sales meletop pun kalau production tak boleh nak catch-up lagi haru biru.


Biasanya lagi banyak production lagi penatkan? Tapi Alhamdulillah bila team agent Sambal Pecal Aqilah dapat buat banyak sales, team production jadi lebih bersemangat untuk buat production. Mereka sanggup buat kerja lebih masa sehingga tengah malam untuk memenuhi permintaan, mereka sama-sama suka dan gembira bila business mereka itu maju.


Hati dan semangat sama-sama diberikan. Kat sini kalau kita tengok balik pada point ke-2 tadi berkenaan berkongsi manfaat dan rezeki dengan mereka-mereka yang terlibat, bila ada niat dan keikhlasan untuk berkongsi insyaAllah ia tak berlaku pada sebelah pihak sahaja. Ia menjadikan semua pihak yang terlibat itu sama-sama bersungguh-sungguh ingin berkongsikan seberapa banyak manfaat yang dapat diberikan. Dalam hal production ni, mereka bersemangat dan seronok dalam melaksanakan kerja production Sambal Pecal Aqilah. Malah hasil kerja keras mereka tu Aqilah berkongsi dengan memberikan gaji yang lebih kepada team production. Ia berbalik kepada niat Aqilah berkongsi rezeki tadi tu, semoga berkat.


8. Berserah kepada Allah setelah segala usaha diberikan

Kita merancang, tuhan yang menentukan, dalam nak gerakkan business ni bukan kecil cabaran yang datang, samalah jugak dengan business Aqilah ni. Bukan mudah nak bentuk team partner(agent) yang mantap, bukan mudah nak mempunyai team production yang cekap dan bersemangat, pasti ada cabaran-cabaran yang dilalui, aku yakin banyak juga ujian yang Aqilah lalui dalam nak menjayakan business Sambal Pecal ni. Tapi pokok ceritanya Aqilah dan teamnya memberikan usaha yang sehabis baik dan berserah kepada Allah. Sentiasa yakin dengan rezeki Nya. Tujuan adanya cabaran tu adalah untuk diatasi bukan untuk di'komplen'i.


Aqilah dengan kawan-kawan perniagaannya (gamba tahun lepas)

Kesimpulan

Sekian coretan 8 inti padu penting campur bebel-an aku sikit-sikit yang dapat aku kongsikan berkenaan business Sambal Pecal Aqilah ni, kalau korang perasan 8 perkara di atas bukanlah perkara yang berbentuk teknikal, ia lebih kepada pemantapan business attitude. Business Aqilah ni bukan sekadar pada produk sambal pecalnya yang sedap dan mengiurkan... tapi lebih dari itu kekuatan, value, usaha, keikhlasan, teamwork yang dibina bersama-sama bagi menjayakan business, itulah yang lebih penting. Dengan kata lain aku boleh katakan, business attitude kena betul untuk seluruh team dan business bergerak maju. Bila bersatu hati, banyak perkara boleh dicapai.


Alhamdulillah aku dapat belajar banyak dari business yang Aqilah jalankan. Tahniah untuk Aqilah dan Teamnya kerana berjaya menjual lebih 6 tan (6.72 tan to be exact). Mungkin kita boleh sama-sama doakan moga lebih banyak lagi kejayaan-kejayaan yang diperoleh akan datang dan dapat bermanfaat untuk lebih banyak orang. Kalau korang berminat nak jadi ejen Sambal Pecal Aqilah JM boleh la contact whatapp ni.


Aku pun harap agar dari apa yang aku tulis ni panjang lebar ni, korang pun dapat serba sedikit manfaat, kalau rasa tak beri bermanfaat, nasib korangla baca artikel ni sampai habis.. ha..ha..ha.. sekian, adios...

1,845 views0 comments
bottom of page