top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

Hikmah berhenti kerja 24 jam, brader ni kini berjaya menggaji 30 orang staff dalam syarikatnya..

Sebahagian kisah salah seorang sahabat business, macamana cabaran yang beliau hadapi dan macamana beliau mulakan business. Ni hasil nukilan beliau sendiri melalui FB post beliau (https://www.facebook.com/husainy.mohd) yang dibuat oleh beliau pada 5 Nov 2020. Aku sharekan kat posting aku kali ni.


Macam biasalah, aku mesti nak menyibuk bergambar..


Jom kita layan perkongsian beliau dibawah...


" Saya pernah dinasihatkan berhenti kerja 24jam oleh majikan syarikat saya bekerja 16 tahun lalu disebabkan masalah dalaman syarikat. Masa tu pelbagai perasaan ada, terkejut, sedih kecewa, geram, marah, kusut, buntu. Namun saya redha dan tekad untuk bangkit dengan cari kerja baru.

Namun setelah hampir 3 bulan, saya masih belum dapat tawaran kerja walaupun latarbelakang akademik dan pengalaman yang agak bagus. Dalam masa yang sama saya bekerja partime jadi tutor di pusat tusyen, home tutor, dan jadi agen takaful.


Kemudian, Allah ilhamkan untuk buat servis akaun dengan kemahiran akaun yang saya ada. Saya diminta untuk menguruskan akaun syarikat kenalan. Selepas daritu bilangan syarikat yang minta saya buatkan akaun mula bertambah. Saya memberanikan diri daftar syarikat dan cari ruang pejabat untuk letak fail2 syarikat yang sudah penuhi ruang bilik di rumah. Saya mula menyewa bilik pejabat dengan kadar RM150 sebulan yang memuatkan 2 meja kerja. Komputer pula masih menggunakan komputer zaman belajar di universiti dulu.

Tuan Husainy bersama sebahagian daripada staff beliau

Permintaan servis saya meningkat saban hari dan bulan, Saya perlu ambil pekerja sedikit demi sedikit. Alhamdulillah hari ini, lebih dari 800 syarikat telah menjadi pelanggan syarikat saya dengan dibantu lebih 30 orang pekerja di 3 cawangan.



Point saya di sini ialah, bila diberhentikan kerja usah rasa down lama sangat, cepat2 bangkit usaha, walaupun suasana zaman Covid agak berbeza.. Sentiasa doa minta petunjuk dan jalan keluar dari kesulitan, kalau ingin mulakan perniagaan, guna sahaja apa-apa di tangan, dan sentiasa tingkatkan ilmu. "


Demikian keseluruhan perkongsian daripada Tuan Husainy berkenaan pengalaman beliau berhenti kerja 24 jam, dan bagaimana beliau mula bertapak dan membina bisness. Tahniah diucapkan... semoga beliau akan terus membina kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang dan dapat berkongsi rezeki serta manfaat kepada yang lain-lain. Moga dapat bermanfaat kepada yang membaca.


sekian... adios



209 views0 comments
bottom of page