Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

Jemput malu dengan si Ayu yang bertulang besi, berurat dawai & berhati metal ni..

Updated: Aug 4, 2020

Assalamualaikum…

Post kali ni aku nak cerita sikit pasal sorang sahabat niaga yang aku kenal ni, nama dia Idahayu Jailani, aku panggil dia Ayu je.. tak tau le leval akak ke ataupun adik, pasal aku tak pernah tanya umur dia, tapi kalau style aku yang kurang sedar diri ni, biasanya aku hakak kan aje ha..ha.. rasa macam muda sikit..


Ayu juga ada buat service cuci robe

Siapa si Ayu ni

Ayu ni ada business Dobi tapi bukan Dobi layan diri, Dobi biasa yang full service, untuk makluman korang, cuci karpet, cuci langsir pun merupakan sebahagian daripada service yang ayu provide. terlibat dalam business dah 8 tahun, tapi last 3 years yang paling serius sekali. Pernah buka runcit yang kemudiannya dihandover kepada adiknya. Ayu ni seorang yang sangat ramah dan senang nak berurusan. Kalau baru kenal pun memang Ayu akan ramah berbual. Lagi satu kalau berborak dan bercerita pasal business memang kita boleh nampak extra semangatnya, kita yang mendengar pun boleh naik semangat. Tak padan dengan kecik. Kalau nak tau lanjut tentang servis tip top yang Ayu buat boleh pergi ke link ni


Ayu tak ajak aku sekali bergambar dengan Artis, Nad Zainal

Ayu ni juga provide service cuci langsir, sama ada on site ataupun bawak balik langsir tu. So memang memanjatla kalau time buat servis cuci langsir tu. Kalau korang rasa nak cuci lagsir korang yang dah berkurun lama tak cuci tu boleh la hubungi Ayu di whatapp ni.



Kenapa aku cakap dia tulang besi urat dawai? Sebab Ayu ni sangat lasak orangnya, silap-silap lebih lasak dari lelaki dan kadang-kadang bila nengok cara dia bekerja aku pun segan sebab aku pun tak selasak ayu. Meh aku story sikit tahap kelasakkan dan kecekalan Ayu ni

Ayu ni sangat lasak orangnya, silap-silap lebih lasak dari lelaki ...

Waktu PKP

Dalam waktu pkp ni banyak pergerakkan tak dapat nak dibuat, dan almost semua business terpaksa ditutup, dobi ayu ni salah satu daripadanya lah, maka untuk beberapa ketika terhentilah business Ayu ni. Dan apa ayu buat untuk memastikan kelangsungan pendapatan, dia jual buah-buahan.

Waktu PKPB

Dan sewaktu PKPB, keadaan dimana business sudah mula bergerak semula ayu kena segera mencari job-job untuk service yang dia buat, cuci carpet adalah salah satu daripadanya. Dan memandangkan tenaga kerja yang ada agak terhad pada waktu tu maka kebanyakkannya Ayu terpaksa bergerak sendiri untuk pickup carpet dan cuci. Dengan menggunakan kenderaan alza, Ayu pergi ke urmah-rumah pelanggan dan mengambil sendiri carpet, kerja-kerja menggulung carpet bukanlah susah sangat (berkatalah aku orang yang hanya sekadar gulung sekeping carpet kecil sendiri di rumah setahun sekali) tapi bab nak mengangkat, memasukkan dan menyusun carpet dalam kenderaan bukanlah satu kerja yang calang-calang orang boleh buat, terutamanya untuk kaum wanita. Aku pernah jugak la buat tapi itu pun 3,4 tahun sekali dan tu pun hanya kalau ada majlis tertentu dan time nak kena ambil carpet dari rumah makcik aku.


Walaupun kena angkat carpet, muka Ayu ni tetap maintain ceria

Si ayu ni nak kena buat kerja begini di bulan Ramadan lepas, untuk beberapa rumah pada satu-satu masa. Kalau aku lah yang kena buat mungkin dah beberapa kali terbatal puasa. Kagum aku dengan semangat yang ayu ada ni dalam mencari rezeki dalam business. Itu tak termasuk lagi kalau carpet tu di tingkat dua rumah. Tak termasuk kalau rumah banyak karpet yang kena angkat turun naik tanggga berkali-kali. Tak termasuk kerja-kerja memanjat untuk kerja mencabut dan mencuci langsir dan sebagainya.


Kalau aku lah yang kena buat mungkin dah beberapa kali terbatal puasa

Aku yang kerja tidak lah lasak ni pun kadang-kadang tercetus juga bisikan dalam hati mengeluh sebab penat nak menguruskan dan mencari business. Terlupa aku yang orang macam Ayu dan orang-orang lain kat luar sana tu ramai yang memerah tenaga dan peluh menjalankan business dalam cabaran yang lebih besar, tambahan lagi Ayu ni kaum wanita. Jadi, bila cerita tentang kelasakkan Ayu ni, ia agak menjentik ke-lekaan aku yang ada masanya mungkin merungut, dan malulah aku kalau sikit-sikit pun nak komplen kan? Apa alasan nak diberi untuk lembik dengan cabaran yang kita hadap, wanita kecik macam Ayu ni pun kuat semangat..



Jadi aku kongsikan cerita pasal ayu kat sini mungkin boleh dijadikan peringatan dan inspirasi kepada aku dan juga orang-orang berniaga diluar sana, yang mungkin juga terkesan dengan keadaan sekarang, teruskan usaha keras dan kita sama-sama kurangkan mengeluh, semua pun menghadapai cabaran. Malah aku percaya mungkin ada antara mereka yang lain juga terpaksa berusaha lebih keras dan lebih mencabar daripada Ayu ni. Tapi pasal aku nampak, dan aku kenal Ayu maka aku kongsikanlah cerita tentang Ayu di blog aku ni. Moga kita boleh lah ambil sedikit iktibar dan manfaat,


Kepada yang ada carpet dan langsir yang nak dicuci di sekitar Klang Valley aku sarankan contact direct dengan Ayu dan boleh terus whatapp ke nombor dia di 0173240498 atau click LINK WHATAPP ni. Sekian.. Adios...



213 views0 comments