top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

Kisah macamana budak Autism dari Australia ni bina kejayaan dari tong sampah...

Updated: Nov 23, 2020

Kadang-kadang korang rasa tak macam buntu, takde idea, keadaan mencabar dan sebagainya.. ni aku nak sharekan one inspiring real story pasal seorang remaja yang mengidap Autism di Australia.

Photo source stuff.co.nz

Aku tak bercadang nak story panjang-panjang dalam post blog yang ni pasal korang boleh nengok je video bawah ni. Kita ulas dan kita kupas sikit apa yang kita boleh belajar dari kisah Clay ni kat bawah nanti. Jom sama-sama layan video bawah ni...


Aku percaya kat tanahair kita pun ramai yang menghadapai cabaran, tidak kira dari peringkat mana pun muda atau dewasa, lebih-lebih lagi pada waktu sekarang ni... cuma mungkin ramai yang tak tahu. Malah ada juga yang berjaya mencipta kejayaan tersendiri.


Baru-baru ni pun kita diberitakan dengan kejayaan sebuah filem karya anak-anak muda dari Kelantan, dan pengarahnya Syahmi menghasilkan filem bertajuk "Mail Totey". Pastinya ada cabaran-cabaran yang dilaluinya bermula daripada Youtuber hingga ke menghasilkan filem yang mampu mengutip jutaan ringgit. Tahniah diucapkan.

Berbalik kepada kisah Clay. Apa yang mungkin boleh dipelajari dari video diatas? Banyak rasanya yang boleh kita belajar, tapi aku rumuskan kepada 4 point dibawah.


1. Kekurangan bukan penghalang

Walaupun mengidap Autism dan cara berkomunikasi tidak seperti mereka yang normal namun Clay tetap berusaha dalam mencari kerja bersungguh-sungguh. Tempoh 2 tahun mencari kerja selepas sekolah dan tidak membuahkan kejayaan hanya disebabkan oleh kekurangan Clay hadapi. Tidak berputus asa dalam tempoh 2 tahun itu bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ia tidak bermaksud yang sesiapa pun harus harus berhenti berusaha.


2. Sokongan kuat orang yang terdekat

Kita dapat lihat yang ibu bapa Clay sangat-sangat menyokong dan mempercayai Clay. Dalam keadaan orang lain mungkin tidak mempercayai kemampuan dan kebolehan Clay sepanjang mencari kerja, namun kedua ibu bapa Clays tetap menyokong dan mempercayainya. Sokongan kuat orang terdekat pada aku sangat penting sebab merekalah yang lebih kenal, dan lebih rapat dan lebih memberi kekuatan berbanding dengan sokongan dan kepercayaan daripada orang lain, terutamanya keluarga rapat. Dalam kes Clay ni, dari sokongan kuat keluarga dan ibu bapa, ia berkembang kepada sokongan & kepercayaan daripada penduduk sekitar kejiranan mereka dan seterusnya di kawasan yang lebih besar.


3. Kegagalan boleh membuka peluang lain

Jangan kita ingat gagal tu ialah penghujung jalan, ia mungkin menjadi sebab untuk membuka jalan yang lain yang lebih baik. Disebabkan kegagalan untuk mencari kerja dalam tempoh 2 tahun, ia memaksa Clay dan keluarganya untuk 'brainstorm' memikirkan apa yang boleh dibuat. Hasil daripada memerah otak terlahirlah bisness Clay's Bin Cleaning. Bermula dengan servis membersihkan tong sampah kemudian berkembang ke servis-servis pembersihan yang lain. Dari kegagalan mencari kerja selama 2 tahun, timbul peluang baru dan terhasil perniagaan untuk Clay dan keluarganya usahakan.


Photo source emow.com.au

4. Bisnes ialah menyediakan penyelesaian kepada masalah

Sememangnya bukan mudah nak datang idea servis membersihkan tong sampah ni. Tapi bisnes ialah mencari keuntungan dengan menyediakan penyelesaiain kepada masalah orang lain. Normal lah kan kalau tong sampah berbau busuk, tapi siapa yang suka pada bau busuk.. inilah servis yang diberikan oleh Clay, bermula dengan kejiranan sekitar hingga khidmatnya diperlukan di tempat-tempat lain. Menjadikan tong sampah bersih dan tidak berbau busuk. Dari situ Clay juga dapat mengembangkan khidmat pembersihannya dengan menawarkan penyelesaian kepada masalah-masalah lain.


Sekian coretan aku buat masa ni.. Moga bermanfaat

Adios...


102 views0 comments
bottom of page