top of page
Green Geometric Shapes

HELMY IZZUDIN

SHARING | BUSINESS | PROPERTY

Sharing dari Abang Saiful: Nak Start bisnes memang tak susah, yang mencabarnya ialah nak bertahan

Kadang-kadang kita ni selalu dihidangkan dengan cerita business yang best-best, cerita untung besar dan sales yang banyak. Betul memang tidak salah ambil motivasi daripada kejayaan orang lain sememangnya patut pun kita buat begitu.


Nak mulakan business ni sebetulnya memang tak susah... ada modal yang kita kumpul sikit, dah boleh mulakan, sama ada nak bukak kedai, nak bukak syarikat dan sebagainya, kalau modal besar mungkin lebih bombastik business yang nak dimulakan tu. Tapi mulakan business bukanlah cabaran sebenarnya. Cabaran utamanya ialah nak memastikan business tu boleh berterusan, sales dan keuntungan yang konsisten dan kebolehan menampung overhead secara konsisten dan seterusnya meningkat dari semasa ke semasa.


Saya memang tak berapa reti kalau nak kongsikan pengalaman sendiri, jadi ni saya kongsikan pengalaman salah seorang kawan saya masa sekolah dulu, macamana dia mulakan business dan perjalanan yang dilalui dalam business setelah beliau ceburi. Kawan saya ni namanya Saiful, dulu satu sekolah di Sekolah Menengah Teknik JB, tahun 94/95. Sekarang beliau berniaga nasi beriani di Batu Pahat Nasi Baryani Kaw Kaw Jadi kalau ada yang ke Batu Pahat jangan lupa lah singgah ke restoran beliau ya. Ni saya kongsikan sekali link map ke restoran beliau. Saya kongsikan coretan beliau di FB (Saiful Azhar Katering Aqiqah) beliau di blog ni. Harap mungkin boleh dijadikan panduan dan boleh beri serba sedikit manfaat.


Coretan beliau di FB

Memulakan sesuatu bisnes dari awal, dari zero tu bukan main-main punya cabaran. Bukan wayang. Kita yang bukak jalan. Kita yang tebas semak. Kita yang kena gigit dgn ular. Kita yang lawan dengan gajah. Kita generasi pertama.



Ramai jugak kawan-kawan aku yang jadi generasi ke-2. Maksudnya dia sambung run bisnes dari bapak. Jadi cabaran tu dah senang sket la. Tinggal sambung, tinggal maintain, tinggal jaga elok2 je. Semua dah ada.Tak jumpa perit maungnya. Cuma perit maung kalau nak expand bisnes yang sedia ada je kalau dia nak.


Generasi ke-3 pulak tu cucu kepada bapak kita. Haaa ni bahaya. Sebab bisnes dia dah take over. Ni generasi yang tinggal habiskan harta je kalau tak dididik betul-betul.. Orang cina paling takut dengan gen ke-3 ni.

Kawan-kawan selalu tanya best tak bisnes ni. Best tak keje sendiri ni. Senang tak nak start bisnes. Macam-macam tanya.


Macam biasa, jawapan aku sama je dari dulu. Nak mula tu memang senang. Ada modal sket, ada plan sikit dah bleh jalan dah. Tapi... cerita nak survive, nak bertahan dengan hidup, dengan sepak terajang dalam nak jalankan bisnes tu yang azab nauzubillah. Nak survive dalam 3-4 tahun pertama. Ni aku cerita dari pengalaman sendiri. Cerita pun lebih kurang sama kalau tanya org lain.

Masa aku berhenti keja tahun 2011 tu anak dah 3. Laki bini tak kerja. Aku resign dengan saving 30k kat akaun. Dia punye konpiden tuu...haha


Pertama, modal duit simpan habis guna. Saving 30k tu habis tak sampai setahun lepas aku resign. Servis, roadtax kete tak mampu bayar. Api dan air kena potong. Kereta kena tarik.

Jual barang kesayangan sebab nak buat belanja rumah. Aku jual laptop, jual sportrim, jual camera dan macam-macam lagilah. Duit kat kocek tinggal 4,5 ringgit tu biasa. Anak aku yang kecik masa tu minum susu pekat je, sebab tak mampu beli susu tepung. Minyak kereta abis tepi jalan tu banyak kali. Bank call satu hari sampai 7,8 kali. Nak angkat punyalah takut. Hehehe..

Abam Saiful bersama isteri yang sentiasa memberikan sokongan padu

Gaduh laki bini. Tahan malu terpaksa pinjam mak bapak, adik beradik. Sakit pening demam laki bini tahan je. Telan la je panadol tu sebab tak mampu gi klinik.Ada sekali tu bini aku diam-diam gi jual simpanan majalah kereta Top Gear yang aku kumpul dari bujang. Sebab nak bawak anak gi klinik. Gi klinik kerajaan ramai sangat. Anak demam kuat, kesian nak tunggu lama kat klinik kerajaan.


Inilah antara yang aku bagitau bila kawan-kawan minta pendapat. Kalau rasa seram sejuk, takut, jiwa tak kuat...eloklah tangguh dulu nak benti keje dan terjun dalam dunia bisnes full time tu. Jiwa fighter tu 'is in your blood, In your bloody DNA'. Bukan dengan gi seminar bisnes dua tiga kali dah rasa bersedia dan boleh jadi kaya lepas setahun berbisnes. Bisnes ni sifirnya bukan logic. 1+1 bukanya 2. Makan gaji tu sifirnya logic. Kerja 8-5. Awal bulan amek gaji cukup.


Banyak lagi pengalaman kalau nak share. Sebab kadang aku pun sampai hari ni tak percaya aku pernah lalui masa-masa tu dengan isteri dan anak2. Laluan yang kita pilih ni adalah satu endurance. Satu proses yang memakan masa,segunung kesabaran, doa dan redha Allah. InsyaAllah akan sampai ke mana jua yang kita semua inginkan.


Allah maha kuasa.


Tapi tu lah manisnya. Tu lah manisnya bila kita duduk suami isteri pastu kenang-kenang balik. Jangan lupa asal usul.Jangan lupa mereka yang membantu masa kita susah. Mak bapak, adik beradik, kawan-kawan.

Tiap-tiap hari doakan mereka semua.

-------

Gambar ni aku amek masa tahun 2013. Masa yang betul-betul tangah 'peak' dengan masalah. Tahun 2013-2016. Kat masjid Bandar Temerloh Pahang ni. Singgah zohor. Aku ingat moment ni. Baring kat anjung masjid, tangan atas kepala. Tengok kereta aku bawah pokok kelapa tu yang tukang tarik kereta tengah carik.


Semoga business Abam Saiful akan sentiasa sukses dan moga perkongsian ni dapat sikit-sikit bermanfaat. Sekian,

Adios..


205 views0 comments
bottom of page